Wednesday, March 30, 2011

Aku Minat Lagu Korea Dah Ker?

sekarang ni tengah addcit dengan lagu korea lah kawan-kawan. Habes sume orang aku tanya lagu kroea apa yang sedap-sedap sekarang ni. Maklumlah pengetahuan aku tentang lagu-lagu hits korea yang terbaru sangatlah cetek nye. Secetek air di lantai, ade kaitan ker? ah, lantak situu lah.Memang best lah layan Kpop ni tak rase serabut kepala mendengarnya. Aku jenis suka layan lagu slow-slow ala-ala anuar zain tu. Tapi nak tunggu kat Malaysia ni keluarkan lagu ala-ala Anuar Zain, Sheila Majid tu alamatnye berjanggut lah ye.Banyak lagu kat Malaysia ni pada pendapat aku lah kan kebanyakannya hard core sangat lah muziknye. Pada pendapat aku la, jangan marah aku kalau pendapat aku ni tak same dengan orang lain. Sorry lah ye! Sebab ape kalau lagu Indon tu masuk Malaysia komprem meletup-letup,sebab lagu diorang tu mendamaikan jiwa dan raga.

Oklah membebel panjang2 pun tak guna sebab membebel bukan hobiku! hahaha ye lah tu kan??

Sekarang tengah addict dengan lagu nie..jom layan jap kalau sudi:)


padahal lagu ni dah lame kot. Kesian kat aku baru nak layan,ketinggalan zaman atau zaman meninggalkan aku.Eh, ke same maksud dua-dua ayat ni? tak kesah lah ape pun..

jom kita berkaroake sambil feeling-feeling..hehehe..


gaseumi jjijeojir geos gataseo

eokkaedo mos pyeogo tto harureur bonaesseo

nunmuri geunyang walkag ssodajir geos gataseo

michin cheog useosseo


geurae naneun baboya
neo han saramman boneun babo
tteonaneun neo japjido mothae
geurae nohgo itjido mothae

neor saranghanda neolsaranghanda
naege hanappunin saramiyeo
geuripgo geuripgo geuripda
geuripgo geuripgo geuripda

ni chueog saeeoboda jamdeureo
hoksina kkumeseo neoreur bor su isseulkka
ni mulgeon hanado na beorir suga eoptjanha
da neoman gataseo

nae simjangeun baboya
neo hansaramman saneun babo
jugeur geos cheoreom apado joha
ireodaga jugeodo joha

neor saranghanda neor saranghanda
naegen hanappunin saramiyeo
geuripgo geuripgo geuripda
geuripgo geuripgo geuripda

nar da jwosseunikka na huhoen eoptjiman
deo haejur su eopseo gaseum chigoman itjanha

neor saranghanda neor saranghanda
deoisang niga gyeote eoptdaneunge
apeugo apeugo apeuda
apeugo apeugo apado

geuripgo geuripgo geuripda


Maksud dia~~



I let my shoulders down and let go of you each day

because my heart is broken

I tried to smile as hard as I could

because it looked like her tears were going to fall



Yes, I am a fool

A fool, who only sees you

And I can't prevent you from leaving

but I can't forget about you either



I love you

I love you

For me there is only person

I miss you, miss you and miss you
I miss you, miss you and miss you



Our memories rather falling asleep than getting up

Maybe I should see you in my dreams?

I can't throw even one of your things away

It's all I have left



My heart is foolish

A fool which only lives for you

If I let go of good memories,

all the god once will become bad



I love you

I love you

For me there is only person

I miss you, miss you and miss you
I miss you, miss you and miss you



Since you let me go I don't have regrets

but I can't give you more, you know that my heart is hurt



I love you

I love you

I won't be by your side any longer

It hurts, it hurts and it hurts
It hurts, it hurts and I am hurt



I miss you, miss you and miss you




-
-
-
-
-
-
-

~~NEOL SARANGHANDA!!!~~



leteran by syira

Tuesday, March 29, 2011

Makan Selagi Boleh Makan?



  Korang pegang tak kata-kata "Makan selagi boleh makan"? Yes, itu mentality masyarakat kita. Tak hairanlah kat Malaysia ni katil-katil kat hospital tu makin tak cukup nak menampung permintaan.TAPI yang tu tak apa depends masing-masing punya hal lah kan.TAPI (tapi lagi~HUH~!) yang jadi masalahnya bila masyarakat kita selalu je nak kritik kat orang-orang yang  sedang gigih berusaha  menjaga pemakanan mereka untuk kearah yang lebih sihat. 

contoh pertama:

"tak payah la nak control2 makan sangat dek oi. Selagi boleh makan tu makan je lah"

dalam hati

"oh, nanti bila dapat penyakit, macam obesiti time tu baru nak cakap kalau nak kurus makan kena control, diet dan bersenam ye kak?"

Time tu dah terhantuk baru nak terngadah ye akak2 sekalian. Maaf, aku bukan golongan yang suka terhantuk-hantuk ni. 

Malas nak berleter panjang-panjang pasal ni. So, just my mind your own bussiness okay! peace =)


pilihan di tangan masing-masing :) 

~~leteran by syira~~

Thursday, February 3, 2011

Resipi Pecal


     Sape orang jawa angkat kaki tangan. Kalau orang jawa atau berjiran ke atau duduk area sekampung dengan orang jawe atau atuk keturunan jawa mesti tau apa itu PECAL kan. Pecal tu memang makanan orang jawe die macam ala-ala rojak tapi yang pecal nie versi banyak sayur-sayuran.Selalu nye kalau time tak cuti  aku selalu beli kat pasar lambak Padang Jawa Shah Alam tu (pasar lambak tu pasar malam maksudnye orang johor panggil pasar lambak sebab die melambak-lambak hahaha agaknye la , sedikit info disitu)  .Kali ni sempena cuti Gongxi Facai dapatlah makan pecal sepuas-puasnye kat rumah air tangan mak lagi. Nyummm memang sedap! 

     Nak dijadikan cerita hari ini kitorang 3 veradik bersama ketua chef merangkap mak aku telah bersama-sama bergotong royong berganding bahu membuat pecal. Sedap woo! Sambil tu pun ape lagi aku pun belajar cara-cara nak buat pecal. Sebenarnya tak susah pun. Senang sangat selama nie tau makan je ;). Biaselah tu kannn. heheheh ;)

     Meh sini aku nak share care-care nak buat PECAL resipi air tangan mak aku yang sedap tu :) Lain orang lain resipi nye yer ni. Depends la masing2 punye resipi. Yang aku tulis nie dari kami sekeluarga.hehehe:)

Sediakan bahan-bahan seperti:

Bahan A:

  • Sayur kangkung@pucuk ubi (sukatan ikut suke)
  • Timun
  • Kacang panjang
  • Taugeh
  • Tauhu 
  • Tempe
Yang kat atas ni sayur @ ulam2 untuk makan ngan kuah pecal tu.Semua tu di celur dulu.Tahu n tempe tu jangan le celur sekali ek yang tu goreng n hiris kan die.Yang kat bawah ni pulak bahan2 untuk buat kuah kacang.

Bahan B (kuah kacang) :
  • Cekur (tak tau tanye mak, aku pun baru kenal tadi.sebelum ni tau name je.ehehehe)
  • Bawang besar (1) @ bawang kecil pun boleh (sukahati)
  • Bawang putih (3 ulas)
  • Belacan (anggar sendiri ikut suka dalam 1/4 dari bulatan belacan tu,ikut suka)
  • Cili api (ikut suka kalau nak pedas letak la banyak2)
  • Kacang
     Okey, sekarang kisar bahan-bahan B tu kecuali kacang tapi sebelum kisar bahan B (kecuali kacang) tu goreng dulu bahan-bahan B tu sampai wangi and masak kemudian baru kisar.Kemudian,goreng kacang sampai masak. Tentang kacang tu terpulang sama ada korang nak tumbuk ker nak blend ikut lah kerajinan korang. Kalau malas nak tumbuk tu blend ajolah. Hehehe. Kitorang buat half blend and half lagi tumbuk. Sebab kitorang nak ade yang kacang tak lumat dan ade yang lumat. *untuk kacang yang nak blender tu blender sekali dengan bahan B yang siap digoreng tadi*. Last sekali, campurkan kacang yang dah blender tu dengan yang tumbuk tu. Gaul sampai sebati semua dan jangan lupe campur garam dan gula sesedap rasa.

    Susun ulam-ulam @ sayur yang siap dicelur tadi dalam mangkuk ke pinggan ker sukatilah dan kuah kacang tadi. Siap untuk dibedal! hehhehehe. Senang jer buat pecal ni rupenye.hehehe.Baru tau. Tadi ayah cerita dulu moyang kitorang a.k.a Tok Yem dulu jual pecal junjung atas kepala. Baru kitorang tau moyang kitorang dulu kuat bisnes rupenye. Selain dari jual pecal Tok Yem jual jamu jugak die cari sendiri akar2 kayu tu.Hebat nye Tok Yem! Tempe memang kitorang tau memang Tok Yem dulu tokeh tempe. Buat sendiri tempe tu. Tapi ayah cakap Tok Yem tu garang yang teramat. Biaselah orang dulu2 kan time zaman penjajah dulu.Eh eh ni da offtopic dah tercerita sejarah nenek moyang pulak. Ok selamat memakan pecal!

Taraaaa...!
Siap!sedia untuk di makan! kuah kacang tu dah menyusut sikit kalau tak penuh sebab dah tumpah masuk perot kitorang.heeeee.sodap!

Sikap Negatif Burok



Sebenarnya kalau kita positif sesuatu perkara atau benda tu pun boleh jadi positif. Jom kita beramai-ramai melatih minda dan jiwa kita agar selalu berfikiran POSITIF. Jangan melatih fikiran kita daripada pikir negatif je memanjang. Tadi mak saye ade jumpa satu page motivasi ni bagus jugak lah banyak entry entry yang berguna untuk memotivasikan diri. Ni lawan web tu, iMotivasi. Kalau korang ade mase2 free boleh lah jenguk jenguk. Ok dah, sambung balik topik kat atas nun. Aku pun kadang-kadang selalu berfikiran negatif memang mengganggu ketenteraman betul lah bile cas-cas negatif ni datang! tak suke! Pernah kadang-kadang tu ade sesuatu perkara( tak boleh dinyatakan disini, secret ;P) tu belum2 lagi aku dah de negative thinking, bile dah lalui perkara tu takde lah seburuk senegatif yang disangkakan selama ini. NAMPAK sebenarnye negative thinking tu JAHAT saje je nak ganggu ketenteraman kite kan. 

Kat bawah ni ciri-ciri fikiran kita ni didominasi oleh pemikiran atau sifat negatif yang diambil dari page iMotivasi nie  :

Orang yang ada sikap negatif apabila…

  • suka memaki-maki
  • memandang keburukan seseorang lebih dari kebaikannya
  • cepat bersangka buruk
  • belum pun sesuatu perkara bermula, Anda sudah menjangkakan kegagalan
  • memandang rendah
  • hanya mahu di hormati tapi tak mahu menghormati
  • panas baran, cepat naik marah
  • suka berbohong dan mengada-adakan cerita
  • cepat merasa sakit hati, suka cakap main lepas
  • sukar meminta maaf, susah memberi maaf, ego tinggi
  • suka bercakap perihal orang lain, terutama keburukan
uish ! ade certain point yang buat haku terase pedas (sape makan cili terasa pedas nye!) *ditujukan untuk diri sendiri(-_-'')*! Syuh syuh sifat negatif pergi lah kau jauh dariku! aku tak hingin kamu!!

Kat laman web tu cakap... 
-
-
-
"Jika Anda merasa Anda ada salah satu daripada 11 sikap negatif di atas, itu petanda bahawa Anda adalah orang bersikap negatif".

Ops kantoi sudah! tidak. time to change HOHO. Kawan-kawan kat bawah nie adelah cara atau ubat tips untuk mengubah nyer dimana diambil dari lmn web tadi jugak. Yeay aku masih belum terlambat :P.hahahhaa 


Untuk kita merubah sikap kita kepada sikap positif, kita kena hampirkan diri dengan persekitaran positif, berkawan dengan orang-orang bersikappositif, bercakap hal-hal positif, berfikir tentang aspek-aspek positif, melihat kepada aspek positif.
Sikap kita boleh diubah, yang penting kita ada kemahuan membara mahu berubah di dorong oleh keinginan mahu merubah hidup menjadi lebih bagus.
Ramai orang tersilap – perubahan yang dibuat oleh mereka hanya sementara kerana walaupun mereka mahu merubah sikap kepada sikap positif, mereka masih berkawan dengan orang-orang bersikap negatif, berkata hal-hal negatif, berfikir tentang hal-hal negatif, banyak melihat kepada aspek negatif dalam sesuatu perkara.
Kita sebenarnya yang membentuk diri kita sama ada bersikap positif atau bersikap negatif. Kekadang, kita membiarkan diri kita dikuasai sikap negatif tanpa kita menyedari.
Nampak tu dekat ayat kat atas ni sebenarnye kita yang bentuk diri kita samada bersikap negatif atau positif. HUHU:( Dah! tak yah membebel panjang2. Aku tak nak ade sifat @ pemikiran negatif lagi walaupun hanya 1%(cewah!). MENCIK. Mari mencuba :)




~~sekian, dari saya :) bye! ingat think positive!~~



Monday, January 10, 2011

Tentang diet: Episod 2

 NOTHING IS IMPOSSIBLE IF I REALLY WANT TO DO IT!!!


Sekarang aku dah boleh pegang kata2
-
-
-
NOW JOGGING IS MY DRUG!!
  
apekah?;-D

sebab aku dah boleh jogging 2 round Tasik Shah Alam yang besau tu. Sile muntah:)
Untuk aku, kire ni pencapaian terbesar lah dalam hidup aku kalah result SPM aku ;-D
Sebelum ni kalau berjogging kat tasik tu joging nye 1/4 je dari tasik tu yang selebihnya makan angin. Belum masa aku sekolah lagi kalau masa PJ(pendidikan jasmani) kena lari satu padang @keliling sekolah dah tercungap macam ikan tak dapat air. Selalu mendapat tempat pertama tercorot dalam arena sukan sekolah. Tapi sekarang tidak lagi.Yeay!

*gambar ihsan dari google images
 track guling-guling jogging tasik seksyen 7

 Tips aku untuk berjaya melaksanakan aktiviti jogging dua round (baru 2 round non-stop dah kecoh):

1) Mind set kene tukar.Mind set itu penting kalau kita set tak larat akan jadi tak larat. Set positive kurangkan yang negative.

2) Jangan mengade-ngade, sebagai contohnya bila lari baru half track dah rasa penat terus malas nak jogging hanya jalan kaki. Kene strict walaupun penat teruskan jangan berhenti sebab bila dah berhenti bertambah2 malas nak terus jogg.

3) Jadikan rancangan Biggest Loser sebagai penaik semangat anda sebab diorang tu bersaiz lebih besar kalau diorang boleh jogging lama-lama kenapa kita tidak!

4) Masa lari kena FOKUS kalau tak mental anda akan lemah dan lembik. Kekuatan mental sangat penting.

5) Mitos bile workout banyak sangat dan kerap akan merosakkan badan adalah tidak benar. Contoh: rancangan Biggest Loser (ah bosan lah kau lagi2 tv show tu=P) diorang punya workout aku rase lagi hardcore tambah-tambah lagi kene push dengan Jillian yang sangat lah garang. Tapi hasilnye WOW!

6) Ajak kawan-kawan berjogging bersama disamping dapat meluangkan masa bersama hoho..joging sebelah member yang hantu jogging hahaha means yang selalu jogging sampai 10 round non stop pun steady lagi.(contoh yang hiperbola =P) supaya kita rasa tercabar.

7) Tips terakhir untuk menguatkan semangat anda layarilah internet dan aku suka baca pengalaman-pengalaman mereka yang dah berjaya membuang lemak dan menjadi sihat. Secara automatik semangat anda akan menjulang tinggi di angkasa.

*maaf gambar sensored*
 tujuan gambar: menggambarkan eksperesi wajah yang gembira

Esok pagi nya aku pergi jogging lagi saje nak test mental aku alhamdulliah berjaya lagi 2 round non-stop. Cita-cita aku nak 3 round pulak lepas ni!
Bermonolog dalaman lagi: (Wah. not bad jugak aku nie walaupun berlemak.Mari muntah bersama:P)



*mase tengah jogging lagi dah berangan nak tulis lah pengalaman ni kat dalam velog aku :-D

Wednesday, December 29, 2010

yeay! dah ade

  Dah ade external hard disk !

AYAH!

TERIMA KASIHHHH :))

 sebab sponsor kakak hard disk !! (sebenarnye plan nak guna duit sendiri,pucuk dicita ulam mendatang..hehehe..marilah kita makan ulam.tetibe)

sebelum tu ayah dah kuarkan banyak duit untuk repair kete aku + belanje hard disk lagi

huhuhu terharu..

berikut adalah dialog antara kami:)

ayah: belajar rajin-rajin ape yang kakak nak semua dah dapat. Sekarang tinggal belajar je..
 aku : .... (hanya mengangguk sambil bermonolog dalaman.. BAIKLAH AYAH)


UMI!

TERIMA KASIH JUGAK !! :))

sebab tolong bayarkan itu ini dan banyaklah sampai tak tahu nak senaraikan.Banyak sangat.

i love u so much much much.muahh! 


ni aku punya.aku sangat sukaaa:))

~~ibu bapa tidak pernah berkira dengan anak-anaknya, hormatilah,sayangilah,hargailah mereka sementara kita msih diberi peluang~~
::aku tersangat sayang mereka::

*jangan lupe malam ni tengok bola HARIMAU MALAYA vs GARUDA!!yeargghh..
harimau sila makan itu garuda puas-puas yee!

Monday, December 27, 2010

private to publicy

Pada jam ini..

Dengan rasminya aku telah menukar setting blog dari PRIVATE to PUBLICY

~~Sekian~~