Wednesday, March 27, 2019

Tutorial DIY Wainscoting Jom!

Hai Assalamualaikum semua,

Siapa tak suka kan rumah sendiri cantik dan feeling feeling orang putih gitu! Jadi nya cuti Sabtu Ahad lepas aku pun penuhkan dengan aktiviti 'Do It Yourself' Wainscoting untuk dinding rumah aku. Rumah aku rumah jenis teres setingkat yang ruang tamu dia takde belok belok terus jumpa dapur tu. Design rumah sekarang kan, suka mainn ngelat nak untung banyak lah tu. Hmm!

Step 1:

Ok berbalik pada cerita DIY wainscoting tu, ambil dulu ukuran dinding rumah korang, macam aku , aku ambil dulu ukuran guna pita ukur tu dan rekod sesiap lepas tu aku sketch guna AutoCAD dan dekat AutoCAD aku bahagikan ikut berapa frame yang aku kene buat ikut size dinding rumah aku.

Design frame untuk wainscoting hall rumah aku , ikut size yang aku dah ukur

Step 2:

Next, aku usha pembekal kayu dekat facebook. Sebab rasa rasa dekat dengan rumah aku takde kedai kayu yang jual kayu tu, ada try tanya dekat kedai hardware pun tak tahu ape tu kayu wainscoting. So memang beli jelah online senang cerita, walaupun sebenarnya kalau beli dekat kedai kayu betul dapat lagi murah. Tapi atas faktor kekangan masa dan husband pun dekat Sarawak nun jauh disana kita beli jelah online. Habis cerita pembelian kayu. Sekaki untuk kayu chain rail design yang aku pilih tu RM4.60 dan untuk kayu frame RM1.60/kaki. Harga depends pada design yang korang pilih.

Kayu wainscoting yang aku beli online. Kemas kan dia balut? lepas tu kayu ni dah tak perlu gosok lagi. So senang dah keje aku.

Step 3:

Pergi DIY beli barang barang yang diperlukan untuk mulakan #weekendproject ni. Barang yang diperlukan aku listkan dekat bawah ni ya:

  • Masking Tape-untuk support kayu yang dah lekat guna gam dekat dinding
  • Gam yang ada tulis 'Bond' - untuk lekatkan kayu dekat dinding
  • Gergaji kayu (kalau takde mesin potong kayu) - untuk potong kayu ikut size frame yang kita nak.
  • Sesiku L - untuk mark pada kayu supaya tak senget (tapi kalau pro tak payah guna sesiku L pun takpe
  • Gam holder - yang macam tembak tu untuk hold gam dan tembak gam tu ke kayu
  • Putty Filler - untuk tampal mana mana kayu yang tak rapat ke dinding tu bila dah gam kan dia
  • Pembaris bubble - untuk cek frame/mark dekat dinding tu senget ke tak sebelum lekat betul2 dekat dinding
  • Benang - cara paling mudah untuk kurangkan kerja pengukuran (marking) dekat dinding (idea ayah aku, sangat membantu)

Barang semua aku beli dekat Mr. DIY saje. Murah dan menjimatkan sangat!

Ini barang barang yang di perlukan. Kecuali paku tu ye aku tak guna pun. Beli tu just nak backup je. At last, tak guna pun.

Step 4:

Balik rumah aku mulakan aktivikan marking dinding, guna alat alat yang ada tu. Aku mark ikut design yang aku dah buat guna AutoCAD. Mark guna pensel dekat dinding tu, Kat mana nak pasang Chain Rail, kat mana nak lekat Frame. Mark dari hujung dinding ke hujung dinding, lepas tu aku lekatkan benang guna masking tape je, lekat benang tu dekat starting point yang dah mark tadi dan tarik benang tu sampai last point yang kita dah mark tadi. Tarik tegang tegang dan lekatka guna masking tape tu. Buat untuk line chain rail, line atas frame dan line bawah frame. Setel!

Step 5:

Mulakan aktiviti pemotongan kayu ikut size yang aku dah design tu, hati hati jangan salah potong kayu kang menyosal den. Alhamdulillah everything went well yang pasti jangan gopoh, fikir betul betul and cermat dan fokus masa buat kerja. Untuk frame tu make sure kayu tu potong 45 degree untuk hujung kayu frame barulah helokk ye!

Aktiviti pemotongan nak bermula, sambil rujuk drawing yang dah buat guna AutoCAD.


Ayuh bersenam! Perempuan pun boleh buat ye keje ni. Aku buat sorang je tau

Dah potong tu try susun dulu sebelum tampal. Double check.

Step 6:

Lepas dah potong, aku mulakan langkah seterusnya dengan tembak gam dekat kayu. 

Tampal zig-zag macam tu supaya balance. Jangan banyak sangat nanti comot dinding korang. Satu keje pulak nanti nak kikis balik.

Step 7:

Lekat kan kayu yang dah potong tu dekat dinding ikut garisan dan benang yang dah mark tadi tu. Make sure jangan salah ukur kang berseni sangat nanti frame korang haha! Part ni pun kene teliti yer. Stay focus!

Aku lekat Chain Rail dulu. Dalam gambar ni tak nampak marking yang aku dah buat guna pensel dan benang.

Step 8:

Masa proses nak lekatkan dekat dinding tu pastikan dah standby masking tape dekat tepi, kang dah lekat time tu lah baru nak cari masking tape memang meleret menggelongsor kayu tu kebawah. Gam ni kuat tau, tapi masa baru nak lekat tu dia perlukan support. Tu yang kene cepat cepat support dia guna masking tape.
Next, aku lekat frame dia ikut lining benang dan ukuran yang dah mark guna pensel. Ni rupa dia bila dah lekat dekat dinding dan support guna masking tape. 

Dah nak sampai hujung proses tampal

Yes siap untuk wall bahagian tv.


Step 9:

Agak agak dah kayu tu dah melekat sempurna, cek bahagian yang mana tak rapat atau berlubang tu. Bila dah jumpa, isi yang mana lopong lopong atau tak rapat tu dengan putty filler yang beli dekat Mr. DIY tadi. Fill kan sampai nampak rata and takde gap sampai sedap mata memandang dan biarkan dia kering.

Nampak tak line hitam hujung tu, tu benang sebenarnya. Ok ni gambar dah letak filler. Nak 

Putty filler yang digunakan. Ni bukan ais krim ye haha

Bucu tu leceh sikit part nak filler kan. Tapi buat je sampai elok dan smooth. 

Step 10:

Bila dah kering, mulakan aktiviti mengecat ikut warna yang korang nak. Macam aku memang nak putih, so aku lekat kayu dulu baru cat so senang keje kan. Cat selapis dulu, kemudian cat lagi selapis, kalau warna kayu masih nampak, cat lagi selapis. Macam aku memang aku cat banyak kali lapisan nak bagi puas hati dan of course lah nak bagi lawa.


Ready untuk mengecat, aku pakai berus kecik je sebab senang nak control.

Cat selapis bagi kering sikit kemudian layer kan lagi sekali. Sampai puas hati.

Step 11:

Tunggu sampai kering dan siapppppp! Tadaaa. Successful #weekendproject !


Baru siap cat. Patah pinggang mak enon. hahaha

Puas hati tengok! hasil tangan wanita okayyyy hihihihi

Loveeee sangatt! akhirnya dream come trueeee!

Ini gambar dinding 'Before'

Gambar 'After'
Dah siap susun kembali barang barang yang sepatutnya di situ.

Finoliiiii, my wainscoting finished! Alhamdulillah. Siapa cakap wanita tak boleh buat kerja pertukangan! aku dah buktikannyaaa. Wink


Alhamdulillah, akhirnya salah satu dream berjaya dibuat sendiri. Mula mula berdebar juga tau sebab takut la tak jadi. Tapi dah study tutorial dekat youtube, tutorial orang share dekat FB, dengaan blog blog nampak macam 'I can do this'. Makanya terusss ONN nak DIY sendiri. Total kos tak sampai RM200 pun kalau untuk bahagian tv ni depends pada size frame dan keluasan dinding korang. Kalau upah mahal woo beriban riban aku dah survey. Memang buat sendiri sangatlah menjimatkan!

Suami pun kagum dengan bininya ini sebab boleh buat sorang sorang. Hekhek. Well :P
*Fliphair*

Korang pun patut cuba. Senang je jangan takut!

Ni dekat hall area tv. Suka sangat bahagian ni. Feeling feeling omputih gituu. 

Wall dkt bahagian tengah view dari belakang

Wall bahagian tengah view dari depan

Memang puas hati buat sendiri wainscoting ni. Sebab bila siap tu, kau tengok dinding tu semua kau rasa bahagia betul tengok hasil tangan sendiri jadi lawo macam ni. Terus rasa gifted nye tangan aku ni. Hahah! okay gurau je. Korang patut cuba. Saya sudah anda bila lagi?

11 comments:

  1. beli kayu dekat fb yang mane ye. boleh share?

    ReplyDelete
  2. Salam. boleh share contact kedai online jual kayu wainscoting.Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam. boleh share contact kedai online jual kayu wainscoting.Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, saya beli di FB dulu,tak pasti sekarang dia jual lagi atau tak. Nama FB dia Pembekal Kayu Wainscoting dan ni no dia 012-269 8582. Cuba contact k :)

      Delete
  4. Blh tau pakai cat apa? Cat utk kayu atau cat dinding biasa?

    ReplyDelete
  5. Menarik sgt ni.. rs mcm nk cabar diri sendiri pulak buat gini..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, menarik dan senang je. Hehe. Rumah pun jadi lagi sedap mata memandang hihi

      Delete
  6. nak tanya guna kayu tu yg lebar brp inci ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak tak ingat dah berapa inch, tapi rasanya standard size cuma design je berbeza.

      Delete

Hye and thanks :)