Wednesday, August 18, 2021

Hibah perlu atau tak?

Pada saat entry ini ditulis, kes covid semakin hari semakin belum menampakkan tanda penurunan kes akan berlaku dalam masa terdekat ni. Yang paling tak best sekali aku tengok adalah bila kes kematian yang tidak disangka juga semakin meningkat. Baru baru ni kematian mengejut Allahyarham Siti Sarah selepas melahirkan anak dalam keadaan diri yang dijangkiti covid. Syukur bayi selamat dilahirkan dan insyaallah syurga buat Siti Sarah kerana pergi dalam keadaan berjihad melahirkan anak dan dijangkiti wabak.

Berbalik pada topik Hibah tadi, pada pendapat aku hibah adalah sangat di perlukan terutamanya jika kita telah berumahtangga dan mempunyai anak dan isteri. Terutama para suami yang menjadi tonggak ekonomi sesebuah keluarga. Pernah tak terfikir jika kematian atau tiba tiba diserang penyakit kritikal. Macam mana anak dan isteri hendak teruskan hidup membayar komitmen yang ditinggalkan dan juga untuk menanggung anak anak yang masih kecil. Dan lagi satu sebanyak mana pun wang suami dalam bank masa tu tahukah anda bila sahaja kematian dilaporkan automatik segala wang dan harta suami/isteri di bekukan di bank. Hibah juga tak perlu melalui sistem faraid kalau suami/isteri yang dah pergi tidak sempat untuk buat wasiat. Hibah 100% akan pergi terus direct kepada penama/waris yang kita dah daftarkan masa ambil polisi tu. Sangat memudahkan bukan?

Kesimpulannya bagi aku Hibah memang sangat perlu, macam my husband ambil hibah RM250/monthly dan pampasan RM500k. Ada banyak pilihan lagi dari RM250k hingga RM1.2juta pun ada tau. Terpulang pada korang nak ambil plan yang mana satu bergantung pada kemaampuan masing masing ya. Tapi bagi aku ambillah Hibah untuk perlindungan masa hadapan yang kita tak boleh jangka lebih lebih lagi musim pandemik ni. Dan yang paling best ambil Hibah dengan prudential ni umpama korang menyimpan dan sudah tentu tak rugi pun, sebab after 20years perlindungan korang boleh pilih nak teruskan polisi atau nak stop. Contohnya alhamdulillah nothing bad happen dalam keluarga korang, korang boleh pilih nak stop atau nak teruskan. Kalau nak stop korang boleh dapat balik wang yang kita dah carum monthly selama 20 tahun tu, nanti agensi akan kira berapa surrender value yang kita boleh dapat and plus DIVIDEN tau. Lagi satu yang aku suka ambil Hibah dengan prubsn ni sebab sambil kita sumbang setiap bulan tu kita juga sedang membuat pelaburan secara tidak langsung. Sebab tu kita akan dpt juga sekali dividen bila kita nak surrender after 20years tu nanti.

Yelah mungkin masa tu umur pun dah 50 tahun lebih duit dari segala sumber yang start buat dari zaman muda mudi pun dah banyak, mcm EPF, UT, Investment dkt platform lain, personal saving, income, hasil bisnes etc semua dah membuahkan hasil. Anak pun dah besar masa tu, dah secure sangat dari sudut kewangan so dah tak perlu untuk sambung polisi hibah tu lagi. So korang decide dah tak nak continue lagi lepas polisi matang tu, korang dapat balik tau duit tu plus dividen lagi. Ini yang buat aku amazed dengan polisi ni. Kira nya win-win situation, if anything bad happen to us kita dapat manfaat, if everything fine and alhamdulillah masing masing panjang umur, kita also dapat enjoy the benefit of saving atas polisi Hibah tu.

Jadi bagi aku sangat sangat perlu Hibah ni lagi lagi untuk golongan yang umur 28-50an ni. Umur ni adalah umur di peringkat yang tengah tough sebab golongan umur ni sedang bermula membina kehidupan dengan keluarga tercinta.

If korang nak tanya apa apa pasal Hibah ni korang boleh refer page ni dekat FB, dia agen yang sangat competent sebab segala pertanyaan aku dia boleh jawab. 


Anyway, thanks to hubby sebab sediakan Hibah ni untuk aku. I love youuu angad sebab sentiasa fikir kebajikan untuk isteri dia ni. Muah ciked!


0 positive comments:

Post a Comment

Hye and thanks :)