Thursday, February 3, 2011

Sikap Negatif Burok



Sebenarnya kalau kita positif sesuatu perkara atau benda tu pun boleh jadi positif. Jom kita beramai-ramai melatih minda dan jiwa kita agar selalu berfikiran POSITIF. Jangan melatih fikiran kita daripada pikir negatif je memanjang. Tadi mak saye ade jumpa satu page motivasi ni bagus jugak lah banyak entry entry yang berguna untuk memotivasikan diri. Ni lawan web tu, iMotivasi. Kalau korang ade mase2 free boleh lah jenguk jenguk. Ok dah, sambung balik topik kat atas nun. Aku pun kadang-kadang selalu berfikiran negatif memang mengganggu ketenteraman betul lah bile cas-cas negatif ni datang! tak suke! Pernah kadang-kadang tu ade sesuatu perkara( tak boleh dinyatakan disini, secret ;P) tu belum2 lagi aku dah de negative thinking, bile dah lalui perkara tu takde lah seburuk senegatif yang disangkakan selama ini. NAMPAK sebenarnye negative thinking tu JAHAT saje je nak ganggu ketenteraman kite kan. 

Kat bawah ni ciri-ciri fikiran kita ni didominasi oleh pemikiran atau sifat negatif yang diambil dari page iMotivasi nie  :

Orang yang ada sikap negatif apabila…

  • suka memaki-maki
  • memandang keburukan seseorang lebih dari kebaikannya
  • cepat bersangka buruk
  • belum pun sesuatu perkara bermula, Anda sudah menjangkakan kegagalan
  • memandang rendah
  • hanya mahu di hormati tapi tak mahu menghormati
  • panas baran, cepat naik marah
  • suka berbohong dan mengada-adakan cerita
  • cepat merasa sakit hati, suka cakap main lepas
  • sukar meminta maaf, susah memberi maaf, ego tinggi
  • suka bercakap perihal orang lain, terutama keburukan
uish ! ade certain point yang buat haku terase pedas (sape makan cili terasa pedas nye!) *ditujukan untuk diri sendiri(-_-'')*! Syuh syuh sifat negatif pergi lah kau jauh dariku! aku tak hingin kamu!!

Kat laman web tu cakap... 
-
-
-
"Jika Anda merasa Anda ada salah satu daripada 11 sikap negatif di atas, itu petanda bahawa Anda adalah orang bersikap negatif".

Ops kantoi sudah! tidak. time to change HOHO. Kawan-kawan kat bawah nie adelah cara atau ubat tips untuk mengubah nyer dimana diambil dari lmn web tadi jugak. Yeay aku masih belum terlambat :P.hahahhaa 


Untuk kita merubah sikap kita kepada sikap positif, kita kena hampirkan diri dengan persekitaran positif, berkawan dengan orang-orang bersikappositif, bercakap hal-hal positif, berfikir tentang aspek-aspek positif, melihat kepada aspek positif.
Sikap kita boleh diubah, yang penting kita ada kemahuan membara mahu berubah di dorong oleh keinginan mahu merubah hidup menjadi lebih bagus.
Ramai orang tersilap – perubahan yang dibuat oleh mereka hanya sementara kerana walaupun mereka mahu merubah sikap kepada sikap positif, mereka masih berkawan dengan orang-orang bersikap negatif, berkata hal-hal negatif, berfikir tentang hal-hal negatif, banyak melihat kepada aspek negatif dalam sesuatu perkara.
Kita sebenarnya yang membentuk diri kita sama ada bersikap positif atau bersikap negatif. Kekadang, kita membiarkan diri kita dikuasai sikap negatif tanpa kita menyedari.
Nampak tu dekat ayat kat atas ni sebenarnye kita yang bentuk diri kita samada bersikap negatif atau positif. HUHU:( Dah! tak yah membebel panjang2. Aku tak nak ade sifat @ pemikiran negatif lagi walaupun hanya 1%(cewah!). MENCIK. Mari mencuba :)




~~sekian, dari saya :) bye! ingat think positive!~~



2 comments:

Hye and thanks :)