Assalamualaikum.
Aku perasan sejak beberapa tahun kebelakangan ni budaya pos mengepos kad raya dah semakin hambar. Dulu zaman aku kecik kecik dulu seronok sangat main balas-balas kad raya even dengan jiran pun kitorang main balas-balas kad raya. Memang boleh kumpul kad raya satu kotak hasil dari aktiviti balas-membalas kad raya ni. Memang heaven. Memang seronok gilelah bile dapat kad raya. Kekadang tu sampai buat sendiri edit guna computer window microsoft 97, print bagi kat kawan. Walaupun tak banyak tools and cartoon menarik, frame cantik cantik kat dalam Words 97 tu tapi usaha untuk buat kad raya nak bagi kat kawan-kawan skolah dengan jiran tetap ada. Sekarang macam-macam free software ada nak buat kad2 ni kan tak susah tapi tak ramai yang ada effort lagi nak buat kad sendiri termasuk lah aku. Dulu-dulu je aku rajin.
Word 97 dulu kala
Takpun kalau tak buat sendiri yang paling senang beli kat kedai. Dulu kalau nak raya penuh kedai-kedai sume nak jual kad raya. Kedai suratkhabar terutamanya memang jadi lokasi utama penjualan kad-kad raya. Sekarang dah jarang nak jumpa kedai jual kad raya kalau ada pun tak banyak. Sampaikan kad raya tu dah jadi satu bende yang susah nak jumpa. Paling suka beli kad raya gambar cartoon-cartoon orang bakar lemang, rebus ketupat, tengok pengumuman raya lah, macam-macam. Yang penting suka kad raya yang ada unsur2 lawak. Biasalah budak-budak belum matured.
Yang macam ni
dan juga yang ni
Oh,Kalau yang macam ni tak main lah taste orang tua katanya.
Yelah tengah zaman budak-budak lagi time tu.
Yelah tengah zaman budak-budak lagi time tu.
Sekarang, dah tak main dah pos-pos kad raya ni. Lambat katanya. Sekarang guna teknologi cepat dan pantas tapi nostalgia tu takde lah kan. Habes kat situ je. Takleh dah nak simpan dalam kotak bagi generasi 2020 tengok ape jenis kad raya dulu-dulu. Semua simpan kat alam maya sekarang, simpan kat FB tak lame lepas tu tak pandang dah, SMS raya dapat lepas tu pi clear inbox hilang dah SMS raya tu.
Antara jenis-jenis teknologi yang digunakan sekarang:
SMS
dapat satu message best best pastu forward kat sume kengkawan takpun create sendiri.
SMS
dapat satu message best best pastu forward kat sume kengkawan takpun create sendiri.
Facebook
buat kad raya guna photoshop, guna picasa, guna tak tau lagi pe ntah, sekarang ni tengah musim DOODLE, buat kad raya guna doodle. Buat cantik-cantik, upload kat FB then, tag kengkawan wish raya , senang.
E-mail
Jarang guna leceh, tak syok macam FB boleh komen-komen. Kalau ada pun dapat dari syarikat-syarikat yang ada urusan dengan mike.
Mungkin banyak faktor yang menyebabkan budaya pos kad raya dah nak pupus:
- Setem mahal-50 sen dah sekarang,bayangkan 50sen x 10 (20 orang kawan) = RM10 setem sahaja =P
- Lambat dapat-kalau posmen demam takut tak sampai nanti dah raya
- Kedai jual kad raya dah susah nak jumpe, tau-tau dah abes raya
- Company cetak kad raya dah takde design baru, takpun merajuk.
- Orang sekarang dah creative, buat kad raya sendiri lagi lawa takyah print, boleh guna digital upload kat FB.
- Busy-tak sempat nak tulis-tulis, pegi tong merah (pos malaysia) nak pos kad, nak kena beli setem, beli sampul, beli kad raya
- Adeh, dan banyak faktor lagi dah malas nak tulis
Papehal pun jangan lupa ucap selamat hari raya walaupun tak pos kad raya. Biasalah zaman sentiasa berubah ikut perubahan zaman katanya. Sebenarnya nak cite semalam dapat kad raya daripada kawan dari Perak, dia kata saja nak bagi bukan senag dapat main pos-pos camni sementara tengah boring cuti sem. Seronok bukan main, rasenye satu tu jelah kot kad raya yang aku dapat tahun ni. Ok lah kan daripada dah bertahun-tahun tak dapat.
Ingat nak balas tapi tak jumpe kedai jual kad raya lagi (ke malas nak cari?).
Sempat ke kalau posmen demam camne?
Kah Kah !
Alasan
Tapi memang nak sangat balas dah lama tak tulis ucapan atas kad raya ;)
Selamat Berpuasa :)
-
faktor nombor 2 betol. kadang2 die ada limit day bile last boleh anta kad raya
ReplyDeleteagree dengan number 6!! hehee :)
ReplyDeletehttp://irsyanim.blogspot.com