Saturday, August 13, 2011

Video terbaik dari Matluthfi90.

Assalamualaikum.

     Mesti semua orang dah kenal kan dengan Matluthfi90 yang banyak buat video tu. Aku suke tengok video-video dari Matluthfi90 ni. Mathlutfi ni kalau tak silap tengah study oversea sekarang kat mana?den tak tahu. Tapi yang pasti aku memang suke layan video-video sempoi die ni, padat dengan maksud tersirat. Kebanyakan video-video yang die buat ade mesej berguna yang nak disampaikan. Cara penyampaian die sangat sempoi dan mesej tu sampai, boleh difahami. Memang aku boleh gelak guling-guling sesorang kalau tengok video-video die ni, muke rileks je mamat ni padahal serious kelakar.

Yang paling latest die buat video sempena menyambut Hari Kemerdekaan ni.
     Jom tengok.
Besssttt!

"saya tak dapat duit sekupang pun untuk video ni,saya cuma nak bagi peluang pada semua org utk bagitau betapa baiknya agama dan bangsa masing masing"- Matluthfi90
-
-
-
-
Video lain yang aku suke tengok yang pasal Sampah.
 Kah kah ! kelakar tapi best. Mesej sampai.
-
-
-
-
Yang ni pun best jugak pasal K-POP

 Kah kah ! ;D

      Ok! tak dapat disangkal kau memang kelakar. Kah Kah ! Agak-agak die boleh jadi pengarah filem tak. Macam best je. Ha ha ! Jauh pulak pikir. Kui kui.




Selamat menonton :)




Klik untuk mengepam darah ke jantung ;)




Friday, August 12, 2011

Kau bangga kau tak puase? So Annoying!

Assalamualaikum.
   
      Fine. Aku tau kau ponteng puase dengan sengaja sebab memang muka kau menunjukkan memang kau tengah riang gembira atas motor sambil makan, sambil ludah buang sisa makanan yang kau makan depan aku. Sambil tersengih-sengih macam kerang basuh tak cukup bersih. Ok. yang kau buat tu tak kelakar untuk aku senyum, lagi sekali.. Tak Kelakar. Kau jangan buat muka bangga macam tu boleh? Nak kate kau datang bulan mungkin tak sebab kau lelaki. Boleh tak kalau kau nak ponteng, kau dah kelaparan sangat pergi nyorok2 bawah longkang, bawah loji, tak macam yang kau buat tu kat tempat awam, tapi aku pasti yakin kau sengaja ponteng.

     Dan lepas tu diorang menuju ke bazar ramadhan mungkin membeli juadah seterusnya untuk berbuka puasa makan diwaktu petang sebelum azan maghrib. Eh! memang budak-budak remaja sekolah sekarang ni memang macam ni eh.

-
-
-
-
     *Kejadian ini berlaku petang tadi masa aku baru nak keluar beli barang untuk berbuka, dimana aku memandu diatas kepala dibelakang mereka*
     


Degupan jantung.




Thursday, August 11, 2011

Wanita dan Superbike. So Cool !!

Assalamualaikum.

    Trend moto berkuasa tinggi a.k.a Superbike ni memang dah berleluasa sekarang. Sampai kan aku pun semakin membuak-buak nafsu berangan nak menunggangnya. Kat Malaysia dah melambak riders superbike ni. Kalau kat highway tu yang berdesup-desup diorang ni racing dengan Kancil. Memang smart spesies-spesie superbike ni. Nak dibandingkan antara Superbike dengan motor ala-ala Harley Davidson yang badan tegak, tangan ke atas 70 darjah, bagi aku lagi smart Superbike sebab bila bawa tu fuyoo mak cik jual goreng pisang pun boleh terpusing padahal aku je yang terpusing. Damn! memang sangat smart tak pedulik walaupun perempuan boleh apa kalau nak ride. 

Yang ni aku tak minat, sebab tak cool.

Oh! yang ni meletup tup tup. 

     Antara riders Superbike wanita yang sangat cool kat Malaysia ni antaranya macam Linda Onn, Gee, Erra (dulu kot sekarang tak tau). Lagi siapa? aku tak tahu ni je yang aku tau.


   
Linda Onn dan superbike nya! 


  
 Gee dan honda bulatnya Superbike!

       Mungkin banyak lagi riders2 wanita kat luar sane yang bukan public figure yang kita tak tahu. Kalau rider lelaki  kategori artis malingsia Malaysia macam Nabil, Fizo, lagi sape ntah lah malas nak cari. Kalau lelaki bawak memang sangat HOT kalau wanita bawak sangat COOL. Kah Kah !


    
Nabil dan Fizo.

    Bagi aku kalau perempuan bawak memang cool.Semuanya cool lah. Eh eh, baru teringat hari tu kat pam minyak ade sorang mamat ni isi minyak moto superbike die nampak die hulur RM50 dan tiada pulangan baki. Maksudnya apa, RM50 isi minyak motor. Walaweh kuat minum minyak ekau ni wahai motor dah namanya pun motor berkuasa tinggi ek apa yang nak dihairankan. Kui Kui !
   
       Adeh, rasa macam nak pergi carik lombong emas nak pergi korek nak buat beli sebijik. Kalau sedebuk boleh turun dari langit kan best. Sekarang ni nak beli ekzos pun tak lepas. Kah Kah !

Okey, yang macam ni bagi aku wow tak smart. 


Sekian, Selamat Berpuasa.


Er Err tapi macam tak best je perempuan bwk. Takpelah suke tengok pun jadilah. Ni saje-saje tak bermakna aku mahukannya 100%.


Klik kalau nak bagi aku sebijik superbike! thanks.

Sweettwinz 1st GiveAway

 Assalamualaikum.

       Hari ni aku join dua GiveAway. Punya semangat ni mencuba nasib mana tau bertuah kan. GA yang kedua ni pulah dari blogger Sweettwinz ni. Best jugak, lagipun simple je GA die memang aku rajin join yang simple2 ni. 

Nak join GA ni kat sini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hi dears, salam Ramadhan kepada semua pengunjung2 blog Sweettwinz yg amat dikasihi...^_^...Sempena bulan yg penuh dgn 1001 kebaikan & keberkatan ini, Sweettwinz nak anjurkan GA...my 1st GA...hehe...


cute kan gambar Chocolate Cake Box kat atas nie...sbb apa Sweettwinz guna gambar cake box nie??? ce teka ce teka...hehe...mesti la sbb nk kasi kt pengunjung yg bertuah...best kan..best kan...^_~

hadiah lain pon ada gak...

------------------------------------------------------------------------------------------------------


Selamat Mencuba ;)

Giveaway [sitiatikah.com] Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.
 
 
    Untuk pertama kali aku join contest. Contest dari pihak penganjur yang bernama Datin Tyka. Simple je contest dia. Arahan macam kat bawah. Doa-doa kalau ada rezeki bulan Ramadhan ni.Selamat menjoin ;)

--------------------------------------------------------------------------------

Giveaway :-

RM 260 (RM 100 + RM 50 + RM 50 + RM30 + RM 20 + RM 10)
Domain + Hosting
Topup RM 20
Kad Raya
Keychain Singapore
Keychain Sarawak
1 CD Trust Port Total Protection edition 2011
Tarikh tutup : 20hb August 2011
Menggunakan random.org untuk mencari pemenang ..
Sponsor :-
Denaihati.com
Farrah Yong Fauzi
Sunahsukasakura.com
Nyamuk Terbang
Hamba Allah
Fauzi Nor
Tieka Ika
Salim Harmanain
Cik Kuntum
Datin Tyka
--------------------------------------------------------------------------------


Selamat Maju Jaya! 
(pergi kat link Datin Tyka)