Monday, February 25, 2019

Cerita Saya Bercuti Ke New Zealand (11 hari) - Day 2


Helloooooo!

Flight hari ke dua pagi ni pukul 6 pagi and alhamdulillah selamat sampai di Christchurch Airport. Sampai dalam pukul berapa tak ingat dah, tapi perasaan yang sangat indah masa sampai tu sejuk sangat!

Sebaik sahaja sampai tu kami terus pergi ke tempat pick up customer Apex Car Rental, memang company ni ada provide airport transfer ke office diorang. Memang sistematik la sebab tak perlu kita susah susah cari transport nak pergi pick up kereta sewa dekat office diorang. Semua dah well-managed just follow instruction yang diorang bagi dekat email lepas booking tu je. Dah sampai office Apex Car Rental tu memang quite impressed gak la sebab besar company ni. Lepas setel isi borang sign agreement, lepas briefing pasal driving rules dekat NZ and etc kami di bawa ke parking kereta untuk ambil kereta. 

Christchurch view from the plane.
Abaikan muka tak mandi pagi tu. Hehe. Christchurch Airport ni besar dan canggih.
Dapat la juga tengok sunrise pagi tu dari plane sebab flight pepagi subuh gajah kan.

Ade orang buat surprise. 
Laki kita, dia ni buat hal tau masa ni baru kitorang sedar yang satu envelope berisi photocopy dokumen booking contohnya macam booking untuk ambil kereta sewa, notes yang saya dah buat untuk routes yang nak lalu, point point yang nak stop semua dekat dalam envelope tu. Bila flashback baru teringat rupanya tertinggal masa dekat kaunter imegresen masa nak masuk tadi. Haih la labu haha. Nasib baik berjaya juga trip kali ni. Nasib baik saya ada tulis dalam buku notes tau! Camna pun tetap sayang driver (suami) saya ni.

Basically, untuk day 2 ni tempat yang saya plan nak visit. Start dari Christchurch Airport - Lake Tekapo - Lake Pukaki - Mount Cook (sleepover dekat Mt. Cook). Dari Christchurch tu terus shoot Lake Pukaki sebab dah budgetkan nanti masa nak balik Auckland akan spend kan time dekat Christchurh. Kiranya nak habiskan trip yang jauh jauh dulu nanti dah hujung baru explore Christchurch sebab dekat dengan airport. Ape ape hal tak rushing sangat nak bekejaran masa flight tu nanti.

Bintang tu tempat tempat yang kami singgah untuk day 2

Diantara view semasa dalam perjalanan ke Lake Tekapo. 

Keadaan cuaca masa ni agak panas tapi breezy, sejuk sejuk nyaman macam tu dalam masa yang sama matahari terik. Temperature masih bawah 25 darjah celcius. Masa pegi ni belum start autumn, hujung hujung musim panas.


Macam wallpaper kan!

Cantik kan, ni pemandangan di kiri kanan jalan, dengan pokok dan gunung ganangnya. Langit yang membiru dan terbentang luas. Subhanallah

Jauh jugak la nak sampai Lake Tekapo ni dari Christchurch, amik masa lebih kurang 3 jam nak sampai. Tapi tak rasa jauh pun sebab sepanjang perjalanan tu di hiasi dengan pemandangan yang superb! Alhamdulillah. Sampai je Lake Tekapo kami dihidangkan dengan tasik yang membiru. Sumpah biru macam tasik yang tumpah warna pun ada. Jom tengok gambar dekat bawah. Biru kan?

Subhanallah, tasik yang biru turqoise warnanya. This is Lake Tekapo.



My husband over there!
Air dia yang jernih!

Blue lake.
Last lupine yang tinggal. Lupine ni hidup masa musim panas je. Mase pegi ni dah hujung hujung musim panas.

Next, lepas dah puas bergambar dekat depan tasik yang membiru, kami ke The Church of Good Shepherd, Lake Tekapo. Church ni macam simbolik Lake Tekapo, sebab die betul betul berada dekat tengah Lake Tekapo dan keliling dia lapang kalau kene musim bunga lupin dia belakang dia. Memang lawa!

The Church of Good Shepherd, Lake Tekapo.

Depan The Church of Good Shepherd, kalau malam boleh tengok milkyways dekat langit atas ni. Tapi memang tak la nak stay lama sebab rugi hari banyak lagi tempat nak pegi jelajah ni. 

Last gambar dari berpuluh gambar dekat Lake Tekapo.
Okay lepas tu kami pergi dekat area kedai kedai di bahagian atas. Saja usha usha barang dan food, mostly kedai kat situ jual barang barang souvenir dan aiskrim, dan juga makanan mat salleh punya la tapi for sure tak berani try sebab takut tak halal kan. Jadi kita cuba aiskrim dia jelah. Aiskrim dia sedap gileeeee! Amik 2 scoop mcm dalam 3-4NZD macam tu.


Atas tu perasa raspberyy bawah tu butterscotch. Phew Lazattttttttttttttt!


Next kita teruskan perjalanan ke Lake Pukaki. Lake Pukaki ni pun sama air tasik dia pun membiru macam Lake Tekapo. Tapi bagi saya Lake Pukaki ni biasa je la lawa memang lawa tapi agak boring sebab takde kedai, just tasik semata mata dan lapang macamtu. So kami seinggah sekejap je la kat situ sekadar untuk ambil gambar dan kemudian teruskan perjalanan ke Mount Cook!


Me di depan Lake Pukaki






Sunday, March 25, 2018

Cerita Saya Bercuti Ke New Zealand (11 hari) - Day 1

Hai Assalamualaikum, dah bertahun tahun rasanya saya tak update blog. Tapi hari ni rasa rindu nak menulis rasa rindu nak jenguk blog ni dan lagi pula ada sesuatu yang saya nak share dan nak abadikan dekat sini sebelum terlupa. Sewaktu entry ini di tulis saya dah pun seminggu pulang ke tanah air. Anyway macam biasa walaupun dah seminggu pulang ke tanah air tapi memang masih tak boleh move on. Banyak sangat memori indah yang nak di rekodkan dan nak simpan. Percutian tersebut ala ala gamble plan je sebab beli tiket flight pun pada hujung Disember 2017 dan pergi pada 6 March 2018. Masa tu harga tak lah mahal sangat and tak murah sangat jadi terus call Husband tanya setuju tak sekian sekian husband pun on je pulak, saya pun terus buat pembelian tiket tu. 

Oleh itu, pada 6 March 2018, kami bertolak dari KLIA2 jam 11.55pm dan kami harus transit di Gold Cost Airport pukul 9 pagi lebih kurang (ikut waktu Gold Cost, pada 7 March 2018) dan kemudian sampai Auckland International Airport pukul 6 ptg (waktu NZ) kami berdua selamat sampai to the KIWILAND!

Masa nak pergi ke departure hall, dengan encik suami tercinta.

Hello New Zealand!

Masa sampai di Auckland saya dan suami disambut dengan angin sepoi sepoi bahasa dan sejukk sangat! Rasa macam wow alhamdulillah another bucketlist checked! dan saya sedang bernafas menggunakan udara New Zealand! 
Sampai Auckland International Airport di sambut dengan pintu gerbang simbolik Maori culture. Turun dari flight masuk dalam airport nanti jumpa ni dulu ya.

Thank you Allah for giving me especially to this great experienced. New Zealand is my wishlist since many years past. Alhamdulillah, selepas berkahwin dapat berpeluang pergi ke dream country ni dengan husband. Kitorang pergi berdua sahaja dam tak guna any travel agencies. Sebelum pergi tu jenuh juga la study pasal NZ so bila sampai sini everything is in my mind. Gitew! hewhew!

Okay macam biasa nak masuk negara orang, imegresen checking dulu.
Orang New Zealand ni peramah peramah tau! Bila datang sana rasa macam welcoming sangat. Lagipun sebab diorang dah biasa dengan tourist. Sepanjang kami di sana memang kerap selisih dengan backpackers/group pelancong china/macam macam lagi pelancong datang NZ dalam satu masa. Jadi diorang tak heran dah. 

Auckland International Airport dari luar.
Masa sampai petang tu dalam pukul 7 lebih kurang cuaca sejuk nyaman kat luar,
dan kat sane pukul 7 lebih terang lagi.
Ruang solat dekat Auckland Airport. Memang open space macam tu je. Tapi okay la dari takde kan. Syukur boleh solat dengan selesa juga.


Malam tu kami berdua hanya menghabiskan masa di sekitar Auckland sebab esok pagi flight ke Christchurch adalah pada jam 6.00pagi. Kitorang decide untuk tak pegi jauh jauh sangat sebab kalau terlepas kang naya! Malam tu kitorang berjalan kaki pergi ke McDonalds dan beli fries sebab lapar, dapat beli fries je la dekat McD tu kan sebab nak beli ayam dia dah sah sah tak sembelih! Dan beli air chocolate yang super sedap. So malam tu kitorang sahaja buat night walk.

Masa saya dan suami jalan jalan cari makan, evening walk gituu. Hehe. Best sangat sebab nyaman and sejuk je!

Secara kasarnya, percutian kami adalah sebanyak 11 hari termasuk perjalanan pergi dan balik dari KL - Auckland - KL.

Entry seterusnya akan bersambung ya, saya akan buat entry ikut susunan itinerary masa di sana. Anyway, New Zealand memang one of the beautiful country!

Tak jauh dari Auckland Airport ada stesen minyak, saya beli air choclate Puhoi ni sedap gile! Serious tau. Rasa original choclate.

Ambil semua pamphlet dekat airport kekonon senang nak rujuk. Last last tak guna sangat pun. Haha

Ni fries yang saya dan suami beli dekat KFC. Yang boring nya fast food diorang takde sos okay. Kalau ada pun kene add on blackpepper sauce macam tu. Jadi, Makan la tanpa mencicah sos macamtu.


Night walk malam tu dekat kawasamn sekitar, sejukkkkk!
Kia Ora! Jumpa pada next entry..

Saturday, November 17, 2012

Jangan Lupa Saudara Kita Disana

Assalamualaikum sahabat,

Sedang kita enak bangun dari tidur ingatlah bahawa saudara saudara kita di bumi palestin sedang berjuang menentang yahudi laknatullah. Jangan lupa wahai sahabat saudara seislam saya marilah kita memutuskan doa untuk meminta pertolongan dari Allah SWT agar melindungi saudara kita disana dan jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk para syahid yang telah gugur di medan perang. Allahuakbar.



Sangat tersentuh hati saban hari kita disajikan dengan gambar saudara kita yang bermandi darah yang hilang kaki, yang pecah dikepala, yang sedang berpantang ajal di hospital, tambahan pula ramai anak anak kecil yang menjadi mangsa kekejaman israel. Mereka sangat kejam Ya Allah kau hancurkanlah mereka di bumi ini. Mereka hanya bertopengkan manusia dan tidak punya sedikit pun perasaan belas kasihan didalam diri mereka. Hancurkanlah mereka Ya Allah. Ameen Ya Rabbal Alamin..

Sedang kita bersuka ria menjalani kehidupan seharian kita di sini ingatlah saudara kita disana walaupun seminit, yang sedang dihujani peluru dan bom. Hanya doa dan ingatan yang mampu mengiringi mereka disina.

Free palestine, Save Gaza, We always by your side friends!


Wednesday, April 18, 2012

Battleship! Ohsem Gilerr

Hai.

BATTLESHIP!!

 
Human vs. Alien

Cerita yang mengisahkan prperangan dengan alien yang kapal die punye hebat, punye dahsyat. Dengan US NAVY yang bermati-matian nak selamatkan dunia dari serangan alien nie. Alien ni pun tersesat datang kat bumi sebab ada signal dari bumi yang diorang dapat tu yang diorang datang sini nak recharge (sukahati die je datang recharge tak bagi salam) diorang punye machine or kapal. Lebih kurang macam tulah rasenye. Pulak tu diorang datang sini serang sume machine yang kita ada, buat kerosakan kat bumi pulak. Makanya US NAVY ni lah penyelamat memusnahkan balik kapal diorang tu dengan makhluk-mkhluk kat dalam tu sekali. 

 Juga kisah macam mana seorang yang dianggap tiada masa depan dan dipandang rendah akhirnya bangkit jadi hero dengan keberanian fikiran yang die ade. Phewit. Kapten Alex Hopper! ^^

Kesimpulannye, cerita ni memang sangat ohsem! sesuai ditonton pelbagai peringkat umur. Haha. Boelh kate takde part yang boring langsung. 10 minit awal lagi dah start beraksi bagai. Jalan cerita yang tak membosankan.

Wow, best!
Sesuai sangat untuk lepaskan stress sebab bile keluar je wayang rase puas. Yelah kan, kitorang punye life abnormal sikit malam kelas siang hadap kerja assg etc. Hehe.

Dengan ini, dapat dirasakan yang stress tu telah dihilangkan dari dunia dibawa pulang oleh alien-alien tadi tu :D


 Kapal alien yang besar giler!

Sangat beronok-ronok (seronok) tengok dengan classmate beramai-ramai. Diorang memang sporting. Lepas pegi dengar taklimat MyBrain15 kat Dewan Agung pagi tadi sampai pukul 10 lebih, pastu kitorang pergi menjengah battleship ni. Ada classmate yang dah tengok pun nak tengok lagi sebab cite memang ohsem. Sape yang belum tengok dinasihatkan untuk tengok. Memang tak rugi. Tambah-tambah kannn ade kapten Alex Hopper yang sangat hemsem menggalas watak orang penting untuk berbattle dengan alien nie!



 

 
 Alex Hopper-Battleship, 2012 (smart nye!)

Lepas tengok semua berangan nak masuk NAVY sebab ape sebab smart. Haha. Nampak? ramai dah terinfluence dengan filem kan. Maksudnye cerita tu best!


*orang putih memang kreatif buat filem, bile agaknya kita boleh jadi sekreatif ini dalam menghasilkan filem kan? still waiting. huu. Malaysia Boleh!