Assalamualaikum
Etude House korang tahu tak ape. Kalau yang dah tahu tak apa, kalau yang belum tahu ni yang nak cerita ni. Etude House adalah satu jenama yang jual macam-macam barangan kecantikan yang asalnya adalah dari Korea dan masih boleh dikatakan baru lagi kat Malaysia ni. Produk diorang ada macam-macam tapi kebanyakannnya produk untuk wanita lah untuk make up, penjagaan muka, bibir, tangan dan banyak lagi, ada macam-macam choices. Kedai Etude House ni tersangat lah pink dan tersangat lah cantik.
Siapa kenal Lee Min Ho? haa dialah duta Etude House ni. Kalau kat depan pintu masuk kedai tu terpampang muka Lee Min Ho dan kedai tu penuh dengan colour pink haa tu la Etude House.
Siapa kenal Lee Min Ho? haa dialah duta Etude House ni. Kalau kat depan pintu masuk kedai tu terpampang muka Lee Min Ho dan kedai tu penuh dengan colour pink haa tu la Etude House.
Etude House Shop
Design setiap kedai mungkin berbeza tapi yang penting tema Etude House is pink. So senang nak cari. Tapi setakat ni kedai EH kebanyakannya diorang bukak branches kat Jusco. Ade jugak sesetengah Jusco belum ade lagi branch EH macam kat Jusco Tebrau ni, aku dah penat pusing satu Jusco habis semua tingkat aku redah tak jumpe jugak Etude House ni. Bila tengok kat plan kedai Jusco Tebrau memang takde Etude House ni kat sini. Kecewa aku! wahai marketing manager Etude House letak lah sebijik Etude House kat Jusco Tebrau ni penat tau aku pusing dsemata-mata nak beli facial wash tu! dah la besar Jusco Tebrau ni (maaf,tetibe teremo!) Nanti kalau dah ade satu kat sini senang la aku nak beli lepas ni tak payah nak pegi jauh-jauh. Letak satu! letak satu!! (sambil hentak-hentak kepala). Kalau kat Johor ni yang aku tahu kat Jusco Taman U je ade tempat lain aku tak try cari lagi.
Nak tahu tak apa yang aku cari kat Etude House sebenarnya, sebenarnya aku nak cari facial wash. Dengar cite facial wash EH ni best bila pakai rasa licin, lembut and bla bla bla..tak boleh la nak cerita banyak-banyak lagi sebab aku pun belum pakai lagi sebab tak pegi beli lagi. Nama sebenarnya Yogurt Peel Cleansing Foam:
Yogurt Peel Cleansing Foam
Harga barang-barang Etude House ni affordable jugak lah. Takde lah semahal SK-II tu. Macam facial wash kat atas ni harga dia dalam RM15.90, not bad kan harga die. Lagipun made by korea, korea pun asian people jugak so mungkin produk diorang bersesuaian dengan kulit orang kita di Malaysia ni. Siapa-siapa nak rase ala-ala korea bolehlah mencube produk ni. Hehehe.
Ni plastic bag die cantik kan?
Ade banyak lagi barang-barang die, nak tengok jom kite serbu Etude House beramai-ramai. Make sure beli satu barang ;) hehehe.
Okey bye, sekian terima kasih kerana sudi membaca.