Assalamualaikum.
Bile boring, dah tak tau nak buat ape dah puas bercucuk tanam anggur mulalah sel-sel otak ni merangsang minda untuk membuat sesuatu yang agak berfaedah jugaklah iaitu mengEDIT gambar. Inilah keje aku kalau rasa ada masa terluang. Dalam banyak-banyak software edit gambar ni aku paling suka guna software ni. Sile scroll mouse anda.
Sebab nya guna software ni sangatlah senang nye. Lagipun die tak berat sangat macam Photoshop. Untuk orang yang suke edit yang tak berapa nak pro macam aku ni boleh lah guna software ni. Kalau kita nak upload gambar letak dalam blog pastu mesti nak letak tambah letak name link kat gambar tu pun senang. Sambil online sambil edit gambar. Best sangat hasil die lebih kurang macam photoshop jugak la. Tapi of course lah kalau nak yang lagi up hasil editing mesti kene guna photoshop. Kalau photographer tu confirm tak pandang software ni untuk edit gambar. Sebab diorang dengan photoshop macam goreng telur je. Tapi aku sangat lah tak pandai nak guna Photoshop tu. Pandai pun setakat crop, tukar-tukar colour. Inilah alternative aku yang kedua. Picnik ni die online tau bukan boleh download macam software lain kena guna internet. Dalam banyak banyak software macam Photoscape, Photoshop, Picasa aku lagu suka yang ini.
Selamat Mencuba