Hari ni kitorang setengah class pergi turun site ambil gambar kawasan yg ditugaskn untuk kitorang buat 3D ni. Sebab ape aku cakap setengah kelas sebab setengah kelas jer yang datang, yang lain tu diorang ade komitmen lain dan ade yang ade hal dan masalah yang tidak dapat dielakkan.
yang datang..
Kawasan yang kitorang nak 3D kan adalah kawasan Shah Alam sahaja.Ape sahaja?! Dengar macam kecik je kawasan tu tapi dalam mase 1 minggu sempat ke?adehh..Ni pun dah dibahagikan lagi kepada 4 group. Kitorang punye bahagian dapat kat area stadium Melawati Shah Alam. Dalam masa 1 minggu terakhir kitorang nak kene siapkan projek ni, then submit. Sempat ke tak itu tak tau. Wuaa banyak keje nye! Thesis lagi, Project lagi, Assignment lagi adusss banyak nye kerja Doraemon mai sat tolon cek siapkan semua ni. Apehal pulak jadi seisi luah perasaan ni? tu bukan tujuan sebenar menaip entry ini. Sambung, alang-alang dah turun site tu ape lagi proses menangkap gambar sampingan pun bermula. Hehehehe. jom terjah!
Bangun-bangun tido tadi melompat aku dari katil. Terkejut beruk den rupo-ruponyo den lupo nak bukak contacts lens malam tadi. Den terus tido sampai pagi tadi. Naseb baik, lens tu tak pegi belakang anak mato den. Kalau tak aihhh den tak tau nak buek macam mano. Nasib baik bangun-bangun tadi eh awat clear semacam bijik mataku ini. Adakah ade keajaiban berlaku malam tadi sampai mataku yang dah rosak ini kembali terang benderang. Setelah otak kembali centre sehingga dapat memflashback semula memori-memori yang telah direhatkan ketika tidur baru lah aku teringat malam tadi aku tido tak bukak lens. Ceittt!! dan impaknya pagi ni aku tak bukak terus pakai. Hahahahhaha. Pemalas nye die ni kan? Hahahaha.
Bersyukur tiada apa-apa berlaku kat mata ni. Alhamdullillah.
Sape nak tahu tak cara-cara tambah signature kat blog korang? macam dekat bawah entry aku ni. Senang je. Sume dah ade tinggal klik, klik, dan klik dan menaip sedikit. heee=)
Semuanye kat laman web tu. Nak sign up pun boleh tak nak sign up pun tak pe. Yang penting nanti dapat la signature yang korang idam-idam kan tu. Korang follow je step yang die bagi. Tak susah pun. Susah lagi nak buat thesis.
28 Hari lagi aku nak final exam! Dup dap dup dap jantung aku tak berenti berdegup. Eh! memang tak berenti pun kalau berenti jawap nye, paham-paham sendiri la. Banyak nye keje nak kene submit, test segala bagai lagi, present lagi, report lagi. Adui tak menang tangan! Ni lah nama nya student life . Bile dah akhir sem mula lah nak stress. Stress-stress pun sempat lagi bukak blog. Aishhhh...ok lah aku nak gi menyiapkan segala kerja yang menunggu.
sekarang ni tengah addcit dengan lagu korea lah kawan-kawan. Habes sume orang aku tanya lagu kroea apa yang sedap-sedap sekarang ni. Maklumlah pengetahuan aku tentang lagu-lagu hits korea yang terbaru sangatlah cetek nye. Secetek air di lantai, ade kaitan ker? ah, lantak situu lah.Memang best lah layan Kpop ni tak rase serabut kepala mendengarnya. Aku jenis suka layan lagu slow-slow ala-ala anuar zain tu. Tapi nak tunggu kat Malaysia ni keluarkan lagu ala-ala Anuar Zain, Sheila Majid tu alamatnye berjanggut lah ye.Banyak lagu kat Malaysia ni pada pendapat aku lah kan kebanyakannya hard core sangat lah muziknye. Pada pendapat aku la, jangan marah aku kalau pendapat aku ni tak same dengan orang lain. Sorry lah ye! Sebab ape kalau lagu Indon tu masuk Malaysia komprem meletup-letup,sebab lagu diorang tu mendamaikan jiwa dan raga.
Oklah membebel panjang2 pun tak guna sebab membebel bukan hobiku! hahaha ye lah tu kan??
Sekarang tengah addict dengan lagu nie..jom layan jap kalau sudi:)
padahal lagu ni dah lame kot. Kesian kat aku baru nak layan,ketinggalan zaman atau zaman meninggalkan aku.Eh, ke same maksud dua-dua ayat ni? tak kesah lah ape pun..
jom kita berkaroake sambil feeling-feeling..hehehe..
gaseumi jjijeojir geos gataseo
eokkaedo mos pyeogo tto harureur bonaesseo
nunmuri geunyang walkag ssodajir geos gataseo
michin cheog useosseo
geurae naneun baboya
neo han saramman boneun babo
tteonaneun neo japjido mothae
geurae nohgo itjido mothae
neor saranghanda neolsaranghanda
naege hanappunin saramiyeo
geuripgo geuripgo geuripda
geuripgo geuripgo geuripda
ni chueog saeeoboda jamdeureo
hoksina kkumeseo neoreur bor su isseulkka
ni mulgeon hanado na beorir suga eoptjanha
da neoman gataseo
nae simjangeun baboya
neo hansaramman saneun babo
jugeur geos cheoreom apado joha
ireodaga jugeodo joha
neor saranghanda neor saranghanda
naegen hanappunin saramiyeo
geuripgo geuripgo geuripda
geuripgo geuripgo geuripda
nar da jwosseunikka na huhoen eoptjiman
deo haejur su eopseo gaseum chigoman itjanha
neor saranghanda neor saranghanda
deoisang niga gyeote eoptdaneunge
apeugo apeugo apeuda
apeugo apeugo apado
geuripgo geuripgo geuripda
Maksud dia~~
I let my shoulders down and let go of you each day
because my heart is broken
I tried to smile as hard as I could
because it looked like her tears were going to fall
Yes, I am a fool
A fool, who only sees you
And I can't prevent you from leaving
but I can't forget about you either
I love you
I love you
For me there is only person
I miss you, miss you and miss you
I miss you, miss you and miss you
Our memories rather falling asleep than getting up
Maybe I should see you in my dreams?
I can't throw even one of your things away
It's all I have left
My heart is foolish
A fool which only lives for you
If I let go of good memories,
all the god once will become bad
I love you
I love you
For me there is only person
I miss you, miss you and miss you
I miss you, miss you and miss you
Since you let me go I don't have regrets
but I can't give you more, you know that my heart is hurt
Korang pegang tak kata-kata "Makan selagi boleh makan"? Yes, itu mentality masyarakat kita. Tak hairanlah kat Malaysia ni katil-katil kat hospital tu makin tak cukup nak menampung permintaan.TAPI yang tu tak apa depends masing-masing punya hal lah kan.TAPI (tapi lagi~HUH~!) yang jadi masalahnya bila masyarakat kita selalu je nak kritik kat orang-orang yang sedang gigih berusaha menjaga pemakanan mereka untuk kearah yang lebih sihat.
contoh pertama:
"tak payah la nak control2 makan sangat dek oi. Selagi boleh makan tu makan je lah"
dalam hati :
"oh, nanti bila dapat penyakit, macam obesiti time tu baru nak cakap kalau nak kurus makan kena control, diet dan bersenam ye kak?"
Time tu dah terhantuk baru nak terngadah ye akak2 sekalian. Maaf, aku bukan golongan yang suka terhantuk-hantuk ni.
Malas nak berleter panjang-panjang pasal ni. So, just my mind your own bussiness okay! peace =)
Sape orang jawa angkat kaki tangan. Kalau orang jawa atau berjiran ke atau duduk area sekampung dengan orang jawe atau atuk keturunan jawa mesti tau apa itu PECAL kan. Pecal tu memang makanan orang jawe die macam ala-ala rojak tapi yang pecal nie versi banyak sayur-sayuran.Selalu nye kalau time tak cuti aku selalu beli kat pasar lambak Padang Jawa Shah Alam tu (pasar lambak tu pasar malam maksudnye orang johor panggil pasar lambak sebab die melambak-lambak hahaha agaknye la , sedikit info disitu) .Kali ni sempena cuti Gongxi Facai dapatlah makan pecal sepuas-puasnye kat rumah air tangan mak lagi. Nyummm memang sedap!
Nak dijadikan cerita hari ini kitorang 3 veradik bersama ketua chef merangkap mak aku telah bersama-sama bergotong royong berganding bahu membuat pecal. Sedap woo! Sambil tu pun ape lagi aku pun belajar cara-cara nak buat pecal. Sebenarnya tak susah pun. Senang sangat selama nie tau makan je ;). Biaselah tu kannn. heheheh ;)
Meh sini aku nak share care-care nak buat PECAL resipi air tangan mak aku yang sedap tu :) Lain orang lain resipi nye yer ni. Depends la masing2 punye resipi. Yang aku tulis nie dari kami sekeluarga.hehehe:)
Sediakan bahan-bahan seperti:
Bahan A:
Sayur kangkung@pucuk ubi (sukatan ikut suke)
Timun
Kacang panjang
Taugeh
Tauhu
Tempe
Yang kat atas ni sayur @ ulam2 untuk makan ngan kuah pecal tu.Semua tu di celur dulu.Tahu n tempe tu jangan le celur sekali ek yang tu goreng n hiris kan die.Yang kat bawah ni pulak bahan2 untuk buat kuah kacang.
Bahan B (kuah kacang) :
Cekur (tak tau tanye mak, aku pun baru kenal tadi.sebelum ni tau name je.ehehehe)
Bawang besar (1) @ bawang kecil pun boleh (sukahati)
Bawang putih (3 ulas)
Belacan (anggar sendiri ikut suka dalam 1/4 dari bulatan belacan tu,ikut suka)
Cili api (ikut suka kalau nak pedas letak la banyak2)
Kacang
Okey, sekarang kisar bahan-bahan B tu kecuali kacang tapi sebelum kisar bahan B (kecuali kacang) tu goreng dulu bahan-bahan B tu sampai wangi and masak kemudian baru kisar.Kemudian,goreng kacang sampai masak. Tentang kacang tu terpulang sama ada korang nak tumbuk ker nak blend ikut lah kerajinan korang. Kalau malas nak tumbuk tu blend ajolah. Hehehe. Kitorang buat half blend and half lagi tumbuk. Sebab kitorang nak ade yang kacang tak lumat dan ade yang lumat. *untuk kacang yang nak blender tu blender sekali dengan bahan B yang siap digoreng tadi*. Last sekali, campurkan kacang yang dah blender tu dengan yang tumbuk tu. Gaul sampai sebati semua dan jangan lupe campur garam dan gula sesedap rasa.
Susun ulam-ulam @ sayur yang siap dicelur tadi dalam mangkuk ke pinggan ker sukatilah dan kuah kacang tadi. Siap untuk dibedal! hehhehehe. Senang jer buat pecal ni rupenye.hehehe.Baru tau. Tadi ayah cerita dulu moyang kitorang a.k.a Tok Yem dulu jual pecal junjung atas kepala. Baru kitorang tau moyang kitorang dulu kuat bisnes rupenye. Selain dari jual pecal Tok Yem jual jamu jugak die cari sendiri akar2 kayu tu.Hebat nye Tok Yem! Tempe memang kitorang tau memang Tok Yem dulu tokeh tempe. Buat sendiri tempe tu. Tapi ayah cakap Tok Yem tu garang yang teramat. Biaselah orang dulu2 kan time zaman penjajah dulu.Eh eh ni da offtopic dah tercerita sejarah nenek moyang pulak. Ok selamat memakan pecal!
Taraaaa...!
Siap!sedia untuk di makan! kuah kacang tu dah menyusut sikit kalau tak penuh sebab dah tumpah masuk perot kitorang.heeeee.sodap!