NOTHING IS IMPOSSIBLE IF I REALLY WANT TO DO IT!!!
Sekarang aku dah boleh pegang kata2
-
-
-
NOW JOGGING IS MY DRUG!!
apekah?;-D
sebab aku dah boleh jogging 2 round Tasik Shah Alam yang besau tu. Sile muntah:)
Untuk aku, kire ni pencapaian terbesar lah dalam hidup aku kalah result SPM aku ;-D
Sebelum ni kalau berjogging kat tasik tu joging nye 1/4 je dari tasik tu yang selebihnya makan angin. Belum masa aku sekolah lagi kalau masa PJ(pendidikan jasmani) kena lari satu padang @keliling sekolah dah tercungap macam ikan tak dapat air. Selalu mendapat tempat pertama tercorot dalam arena sukan sekolah. Tapi sekarang tidak lagi.Yeay!
*gambar ihsan dari google images
track guling-guling jogging tasik seksyen 7
Tips aku untuk berjaya melaksanakan aktiviti jogging dua round (baru 2 round non-stop dah kecoh):
1) Mind set kene tukar.Mind set itu penting kalau kita set tak larat akan jadi tak larat. Set positive kurangkan yang negative.
2) Jangan mengade-ngade, sebagai contohnya bila lari baru half track dah rasa penat terus malas nak jogging hanya jalan kaki. Kene strict walaupun penat teruskan jangan berhenti sebab bila dah berhenti bertambah2 malas nak terus jogg.
3) Jadikan rancangan Biggest Loser sebagai penaik semangat anda sebab diorang tu bersaiz lebih besar kalau diorang boleh jogging lama-lama kenapa kita tidak!
4) Masa lari kena FOKUS kalau tak mental anda akan lemah dan lembik. Kekuatan mental sangat penting.
5) Mitos bile workout banyak sangat dan kerap akan merosakkan badan adalah tidak benar. Contoh: rancangan Biggest Loser (ah bosan lah kau lagi2 tv show tu=P) diorang punya workout aku rase lagi hardcore tambah-tambah lagi kene push dengan Jillian yang sangat lah garang. Tapi hasilnye WOW!
6) Ajak kawan-kawan berjogging bersama disamping dapat meluangkan masa bersama hoho..joging sebelah member yang hantu jogging hahaha means yang selalu jogging sampai 10 round non stop pun steady lagi.(contoh yang hiperbola =P) supaya kita rasa tercabar.
7) Tips terakhir untuk menguatkan semangat anda layarilah internet dan aku suka baca pengalaman-pengalaman mereka yang dah berjaya membuang lemak dan menjadi sihat. Secara automatik semangat anda akan menjulang tinggi di angkasa.
*maaf gambar sensored*
tujuan gambar: menggambarkan eksperesi wajah yang gembira
Esok pagi nya aku pergi jogging lagi saje nak test mental aku alhamdulliah berjaya lagi 2 round non-stop. Cita-cita aku nak 3 round pulak lepas ni!
Bermonolog dalaman lagi: (Wah. not bad jugak aku nie walaupun berlemak.Mari muntah bersama:P)
*mase tengah jogging lagi dah berangan nak tulis lah pengalaman ni kat dalam velog aku :-D