Monday, June 24, 2019

Sedap ke The Alley dengan Xin Fu Tang?

Lately, dunia digemparkan dengan penaklukan air bubble tea. Dimana rakyat Malaysia juga telah terjebak dengan fenomena ini.

Okay straight to the point.

Semalam, aku dengan laki aku jalan jalan cari makan. Biasalah aktiviti hari Ahad. Lepas makan laksa johor dekat warung kuning Mama Jeli dekat tepi jalan simpang Sungai Mas. Aku ajak laki aku pegi JB cari The Alley, air bubble tea yang viral tu. Tapi sebelum tu aku nak reccommend dekat korang, kalau korang nak cuba makan Laksa Johor. Tolong makan dekat kedai ni, aku sendiri orang Johor pun susah nak suka Laksa Johor melainkan Laksa Johor kedai Mama Jeli Sungai Mas ni je! Setakat ni memang tak boleh beat lagi Laksa Johor tempat lain. Kat sini ada banyak lagi menu lain macam soto, mee rebus (ni pun power), mee hun sup, rojak mee, cendol. Nasi nasi memang takde ye.

Lokasi : Simpang Kg Baru, jalan nak ke Felda Sg Mas
Nama Kedai : Mama Jeli Recipe

Ni Laksa Johor yang terbaik sepanjang zaman!

Lepas makan ni, kitorang laki bini gerak pergi JB nak cari The Alley, sebab hari tu suami aku dah beli kan Xin Fu Tang, tapi masa tu aku minum lepas balik keje sebab laki aku beli masa dia pergi JB dan aku tak ikut. Tapi! Walaupun aku minum air tu dah lama duk dalam peti, rasa dia tetap umphhh!

Lelehan brown sugar tu dah turun bawah la semuanya sebab lepas balik keje baru aku dapat minum. Ni aku order Brown Sugar Boba Milk, harga dia RM13.50.

Berbalik pada The Alley tadi, kitorang pergi yang branch dekat Mount Austin, ramai oi orang queue. Tapi okayla tak payah beratur just tunggu nombor giliran kene panggil dan collect air. Laku keras betul bubble tea ni. Yang ni dia rekemenkan beli Brown Sugar Deerioca Milk, harga RM14 satu cawan.

Lokasi : Mount Austin (waze je)
Nama Kedai : Cafe The Alley

Brown Sugar Deerioca Milk

Ada orang cakap Xin Fu Tang lagi sedap dari The Alley. Tapi bagi aku dua dua sedap tak tahu nak compare. haha! Tahaap kemanisan masing masing just nice, takdelah rasa manis sangat pun macam tumpah gula. Memang just nice la rasa dia. Sebab susu tu dah tawar dan slowly sedut sampai bawah tempat longgokan buble tu baru la rasa manis brown sugar tu.

Ada cara minum dia, kalau pergi dekat kaunter tu akan ada tulis step nak minum bubble tea ni. Sebenarnya minum dengan cara goncang dia bagi sebati tu adalah salah ya! hehe. Tapi depends la masing masing punya style minum. Tapi aku memang tak suka minum yang goncang dulu tu, aku akan sedut dari surface susu dan biar die slowly sampai ke dasar bubble dan automatik tersedut bubble tu dan mula la kunyah kunyah senaman mulut.

Memula laki aku tu aku tanya nak tak, dia cakap taknak. Lepas tu , bila aku minum dia rasa sikit, terus cakap ''beli lagi satu nak?'' hahaha! haaa baru hang tauuu. Haha! terus kitorang u-turn balik pegi semula kedai beli lagi satu. Haha! Siapa suka susu memang akan suka la air ni ni tapi siapa yang kureng suka susu mesti tak berapa nak gemorkannya.

Lepas melantak The Alley ni, next mission nak pergi cari Anisup Utara. Nak makan mee hun sup dia. Sepanjang aku duk Johor ni baru aku tahu aku rupanya dia ada cawangan dekat Johor. Dulu masa belajar dekat UiTM Shah Alam berlambak cawangan Anisup ni. Paling selalu pergi dekat Seksyen 2 dengan Seksyen 7. Fuh sedap betul, nasib husband jenis suka melayan tau. Gigih cari guna waze semua, dahla masa tu waze macam error tak bagi lokasi exact gigih cari tengok gambar google. Last last husband nampak kedai dia macam gerai je tapi ada la signboard trademark dia dekat gerai tu.

Lokasi : Jalan Segget, Bandar Johor Bahru (berhampiran tapak bazar karat JB)
Nama Kedai : Anisup Utara

Memang tak perasan kalau tak teliti tengok.Nasib husband perasan! Lokasi Jalan Segget, Bandar Johor Bahru. Dekat area tapak bazar karat.

Trademark logo Anisup. Puas hati sangat dapat jumpa. 


Sedap!

Fuh Mee hun sup dia tetap sama rasa macam dulu! sambal kicap pun maintain power!

Alhamdulillah, selesai Jalan Jalan Cari Makan dengan suami di hari Ahad. Terima kasih diucapkan kepada encik suami yang suka sangat melayan nafsu makan bini dia. Doaku untuk suami semoga segala urusan pekerjaan yang dihadapinya dimudahkan sentiasa, diluaskan lagi rezeki, kesihatan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.