Flight hari ke dua pagi ni pukul 6 pagi and alhamdulillah selamat sampai di Christchurch Airport. Sampai dalam pukul berapa tak ingat dah, tapi perasaan yang sangat indah masa sampai tu sejuk sangat!
Sebaik sahaja sampai tu kami terus pergi ke tempat pick up customer Apex Car Rental, memang company ni ada provide airport transfer ke office diorang. Memang sistematik la sebab tak perlu kita susah susah cari transport nak pergi pick up kereta sewa dekat office diorang. Semua dah well-managed just follow instruction yang diorang bagi dekat email lepas booking tu je. Dah sampai office Apex Car Rental tu memang quite impressed gak la sebab besar company ni. Lepas setel isi borang sign agreement, lepas briefing pasal driving rules dekat NZ and etc kami di bawa ke parking kereta untuk ambil kereta.
|
Christchurch view from the plane. |
|
Abaikan muka tak mandi pagi tu. Hehe. Christchurch Airport ni besar dan canggih. |
Dapat la juga tengok sunrise pagi tu dari plane sebab flight pepagi subuh gajah kan.
|
Ade orang buat surprise. |
Laki kita, dia ni buat hal tau masa ni baru kitorang sedar yang satu envelope berisi photocopy dokumen booking contohnya macam booking untuk ambil kereta sewa, notes yang saya dah buat untuk routes yang nak lalu, point point yang nak stop semua dekat dalam envelope tu. Bila flashback baru teringat rupanya tertinggal masa dekat kaunter imegresen masa nak masuk tadi. Haih la labu haha. Nasib baik berjaya juga trip kali ni. Nasib baik saya ada tulis dalam buku notes tau! Camna pun tetap sayang driver (suami) saya ni.
Basically, untuk day 2 ni tempat yang saya plan nak visit. Start dari
Christchurch Airport - Lake Tekapo - Lake Pukaki - Mount Cook (sleepover dekat Mt. Cook). Dari Christchurch tu terus shoot Lake Pukaki sebab dah budgetkan nanti masa nak balik Auckland akan spend kan time dekat Christchurh. Kiranya nak habiskan trip yang jauh jauh dulu nanti dah hujung baru explore Christchurch sebab dekat dengan airport. Ape ape hal tak rushing sangat nak bekejaran masa flight tu nanti.
|
Bintang tu tempat tempat yang kami singgah untuk day 2 |
|
Diantara view semasa dalam perjalanan ke Lake Tekapo. |
Keadaan cuaca masa ni agak panas tapi breezy, sejuk sejuk nyaman macam tu dalam masa yang sama matahari terik. Temperature masih bawah 25 darjah celcius. Masa pegi ni belum start autumn, hujung hujung musim panas.
|
Macam wallpaper kan! |
|
Cantik kan, ni pemandangan di kiri kanan jalan, dengan pokok dan gunung ganangnya. Langit yang membiru dan terbentang luas. Subhanallah |
Jauh jugak la nak sampai Lake Tekapo ni dari Christchurch, amik masa lebih kurang 3 jam nak sampai. Tapi tak rasa jauh pun sebab sepanjang perjalanan tu di hiasi dengan pemandangan yang superb! Alhamdulillah. Sampai je Lake Tekapo kami dihidangkan dengan tasik yang membiru. Sumpah biru macam tasik yang tumpah warna pun ada. Jom tengok gambar dekat bawah. Biru kan?
|
Subhanallah, tasik yang biru turqoise warnanya. This is Lake Tekapo.
|
|
My husband over there! |
|
Air dia yang jernih! |
|
Blue lake. |
|
Last lupine yang tinggal. Lupine ni hidup masa musim panas je. Mase pegi ni dah hujung hujung musim panas. |
Next, lepas dah puas bergambar dekat depan tasik yang membiru, kami ke The Church of Good Shepherd, Lake Tekapo. Church ni macam simbolik Lake Tekapo, sebab die betul betul berada dekat tengah Lake Tekapo dan keliling dia lapang kalau kene musim bunga lupin dia belakang dia. Memang lawa!
|
The Church of Good Shepherd, Lake Tekapo. |
|
Depan The Church of Good Shepherd, kalau malam boleh tengok milkyways dekat langit atas ni. Tapi memang tak la nak stay lama sebab rugi hari banyak lagi tempat nak pegi jelajah ni. |
|
Last gambar dari berpuluh gambar dekat Lake Tekapo. |
Okay lepas tu kami pergi dekat area kedai kedai di bahagian atas. Saja usha usha barang dan food, mostly kedai kat situ jual barang barang souvenir dan aiskrim, dan juga makanan mat salleh punya la tapi for sure tak berani try sebab takut tak halal kan. Jadi kita cuba aiskrim dia jelah. Aiskrim dia sedap gileeeee! Amik 2 scoop mcm dalam 3-4NZD macam tu.
|
Atas tu perasa raspberyy bawah tu butterscotch. Phew Lazattttttttttttttt! |
Next kita teruskan perjalanan ke Lake Pukaki. Lake Pukaki ni pun sama air tasik dia pun membiru macam Lake Tekapo. Tapi bagi saya Lake Pukaki ni biasa je la lawa memang lawa tapi agak boring sebab takde kedai, just tasik semata mata dan lapang macamtu. So kami seinggah sekejap je la kat situ sekadar untuk ambil gambar dan kemudian teruskan perjalanan ke Mount Cook!
|
Me di depan Lake Pukaki |