Sunday, March 25, 2018

Cerita Saya Bercuti Ke New Zealand (11 hari) - Day 1

Hai Assalamualaikum, dah bertahun tahun rasanya saya tak update blog. Tapi hari ni rasa rindu nak menulis rasa rindu nak jenguk blog ni dan lagi pula ada sesuatu yang saya nak share dan nak abadikan dekat sini sebelum terlupa. Sewaktu entry ini di tulis saya dah pun seminggu pulang ke tanah air. Anyway macam biasa walaupun dah seminggu pulang ke tanah air tapi memang masih tak boleh move on. Banyak sangat memori indah yang nak di rekodkan dan nak simpan. Percutian tersebut ala ala gamble plan je sebab beli tiket flight pun pada hujung Disember 2017 dan pergi pada 6 March 2018. Masa tu harga tak lah mahal sangat and tak murah sangat jadi terus call Husband tanya setuju tak sekian sekian husband pun on je pulak, saya pun terus buat pembelian tiket tu. 

Oleh itu, pada 6 March 2018, kami bertolak dari KLIA2 jam 11.55pm dan kami harus transit di Gold Cost Airport pukul 9 pagi lebih kurang (ikut waktu Gold Cost, pada 7 March 2018) dan kemudian sampai Auckland International Airport pukul 6 ptg (waktu NZ) kami berdua selamat sampai to the KIWILAND!

Masa nak pergi ke departure hall, dengan encik suami tercinta.

Hello New Zealand!

Masa sampai di Auckland saya dan suami disambut dengan angin sepoi sepoi bahasa dan sejukk sangat! Rasa macam wow alhamdulillah another bucketlist checked! dan saya sedang bernafas menggunakan udara New Zealand! 
Sampai Auckland International Airport di sambut dengan pintu gerbang simbolik Maori culture. Turun dari flight masuk dalam airport nanti jumpa ni dulu ya.

Thank you Allah for giving me especially to this great experienced. New Zealand is my wishlist since many years past. Alhamdulillah, selepas berkahwin dapat berpeluang pergi ke dream country ni dengan husband. Kitorang pergi berdua sahaja dam tak guna any travel agencies. Sebelum pergi tu jenuh juga la study pasal NZ so bila sampai sini everything is in my mind. Gitew! hewhew!

Okay macam biasa nak masuk negara orang, imegresen checking dulu.
Orang New Zealand ni peramah peramah tau! Bila datang sana rasa macam welcoming sangat. Lagipun sebab diorang dah biasa dengan tourist. Sepanjang kami di sana memang kerap selisih dengan backpackers/group pelancong china/macam macam lagi pelancong datang NZ dalam satu masa. Jadi diorang tak heran dah. 

Auckland International Airport dari luar.
Masa sampai petang tu dalam pukul 7 lebih kurang cuaca sejuk nyaman kat luar,
dan kat sane pukul 7 lebih terang lagi.
Ruang solat dekat Auckland Airport. Memang open space macam tu je. Tapi okay la dari takde kan. Syukur boleh solat dengan selesa juga.


Malam tu kami berdua hanya menghabiskan masa di sekitar Auckland sebab esok pagi flight ke Christchurch adalah pada jam 6.00pagi. Kitorang decide untuk tak pegi jauh jauh sangat sebab kalau terlepas kang naya! Malam tu kitorang berjalan kaki pergi ke McDonalds dan beli fries sebab lapar, dapat beli fries je la dekat McD tu kan sebab nak beli ayam dia dah sah sah tak sembelih! Dan beli air chocolate yang super sedap. So malam tu kitorang sahaja buat night walk.

Masa saya dan suami jalan jalan cari makan, evening walk gituu. Hehe. Best sangat sebab nyaman and sejuk je!

Secara kasarnya, percutian kami adalah sebanyak 11 hari termasuk perjalanan pergi dan balik dari KL - Auckland - KL.

Entry seterusnya akan bersambung ya, saya akan buat entry ikut susunan itinerary masa di sana. Anyway, New Zealand memang one of the beautiful country!

Tak jauh dari Auckland Airport ada stesen minyak, saya beli air choclate Puhoi ni sedap gile! Serious tau. Rasa original choclate.

Ambil semua pamphlet dekat airport kekonon senang nak rujuk. Last last tak guna sangat pun. Haha

Ni fries yang saya dan suami beli dekat KFC. Yang boring nya fast food diorang takde sos okay. Kalau ada pun kene add on blackpepper sauce macam tu. Jadi, Makan la tanpa mencicah sos macamtu.


Night walk malam tu dekat kawasamn sekitar, sejukkkkk!
Kia Ora! Jumpa pada next entry..