Monday, September 19, 2011

Apa itu Sains Ukur & Geomatik

Assalamualaikum.


     Mesti ramai adik-adik, atau siapa-siapa yang masih jarang-jarang atau kurang jelas/megetahui tentang apa itu Sains Ukur & Geomatik. Sains Ukur & Geomatik ni adalah satu bidang yang sangat luas dan tidak hanya tertumpu pada bidang pengukuran tanah. Ianya meliputi pelbagai bidang diantaranya adalah seperti:
  • Remote Sensing (more to information gathered from satellite)
  • GIS (Geographic Information System)
  • Cadastral (more to the land surveying)
  • Hydrography (ocean survey)
  • GPS (Know coordinate of point on earth)
  • Photogrammetry (by using Aerial photograph to calculate coordinate of each points on earth)
  • Cartography (art of mapping)

          Memang tidak dinafikan bidang ini adalah bidang yang masih belum famous iaitu ramai yang masih belum mengetahuinya seperti bidang kedoktoran atau kejuruteraan yang semua sudah pasti tahu apa bidang itu. Namun, di negara-negara yang sudah lama membangun, bidang ini sudah diketahui umum. Universiti yang menawarkan kursus ini juga hanya ada di UiTM dan UTM.

           Boleh disimpulkan begini, bagaimana anda hendak mengetahui keluasan kebun tanah anda. Bukan hanya dengan menggunakan imaginasi sahaja kan?bukan main pakai-pakai lukis kan?bukan hanya guna tape kan? bayangkan bagaimana mahu mengukur suatu kawasan yang 5 @ 6 hectare dan lebih. Pasti kita tidak mampu menggunakan kaedah-kaedah menggunaka pita pengukur, ianya tidak efficient. Bagaimana dengan projek-projek pembangunan, pembahagian tanah, pecah tanah, Misal kata, Si A dan Si B berebut hak sempadan tanah masing-masing, pada siapa mereka mahu dapat pengesahan tentang hak kawasan sempadan tanah mereka? Jika anda memiliki sebidang tanah yang anda rasakan tanah itu hak milik anda dan dari siapa anda mahu mengesahkan itu adalah tanah anda? dan pelbagai kes lagi..

    Dan permasalahan diatas ini adalah di pelajari di bawah bidang Sains Ukur & Geomatik
     -
     -
     -


          Bidang ini mengajar secara praktikal dan secara teoretikalnya tentang bagaimana mahu menyelasaikan masalah seperti ini. 

           Selain daripada itu, dalam bidang GIS pula adalah satu sistem yang telah dicipta untuk memudahkan kita menyimpan data-data yang banyak, menganilisis, menguruskan, memanipulasi data dan mempersembahkan pelbagai jenis data geografi. Secara ringkasnya dengan adanya GIS dapat menterjemahkan sesuatu maklumat kawasan tersebut dengan lebih sistematik. Sebagai salah satu contohnya mengenai disease, satu kawasan di A telah tersebarnya satu wabak penyakit berjangkit di kalangan penduduk-penduduknya. Tugas GIS adalah bukan untuk mengenalpasti ubat yang harus diberikan. Di sini GIS adalah berfungsi untuk merekodkan setiap data yang dilaporkan kepada hospital dan GIS akan menterjemahkannya dalam bentuk satu database yang boleh digunakan untuk melihat bagaimana wabak itu tersebar dan dari mana wabak itu datang, dan corak penyebaran wabak itu. Setiap kes akan di plot kan atas map dalam GIS in high accuracy. Dan juga boleh mengenalpasti kawasan mana yang boleh di kategorikan kawasan hitam (merbahaya)dan kawasan putih (selamat). Kemudian, langkah-langkah pencegahan dan tindakan awal dapat dilakukan oleh pihak hospital atau pihak yang berkenaan untuk mencegah penyebaran wabak tersebut. Ini hanyalah SALAH SATU contoh fungsi GIS.



    *yang lain akan diceritakan nanti



    Terima kasih sudi membaca