Wednesday, December 29, 2010

yeay! dah ade

  Dah ade external hard disk !

AYAH!

TERIMA KASIHHHH :))

 sebab sponsor kakak hard disk !! (sebenarnye plan nak guna duit sendiri,pucuk dicita ulam mendatang..hehehe..marilah kita makan ulam.tetibe)

sebelum tu ayah dah kuarkan banyak duit untuk repair kete aku + belanje hard disk lagi

huhuhu terharu..

berikut adalah dialog antara kami:)

ayah: belajar rajin-rajin ape yang kakak nak semua dah dapat. Sekarang tinggal belajar je..
 aku : .... (hanya mengangguk sambil bermonolog dalaman.. BAIKLAH AYAH)


UMI!

TERIMA KASIH JUGAK !! :))

sebab tolong bayarkan itu ini dan banyaklah sampai tak tahu nak senaraikan.Banyak sangat.

i love u so much much much.muahh! 


ni aku punya.aku sangat sukaaa:))

~~ibu bapa tidak pernah berkira dengan anak-anaknya, hormatilah,sayangilah,hargailah mereka sementara kita msih diberi peluang~~
::aku tersangat sayang mereka::

*jangan lupe malam ni tengok bola HARIMAU MALAYA vs GARUDA!!yeargghh..
harimau sila makan itu garuda puas-puas yee!

Monday, December 27, 2010

private to publicy

Pada jam ini..

Dengan rasminya aku telah menukar setting blog dari PRIVATE to PUBLICY

~~Sekian~~ 

ada apa dekat SEDIM?

~~Ini entry flashback~~

Setelah berpenat lelah membuat kerja2 berat yang menyeronokkan site sepanjang sebulan kitorang berSurvey Camp ini akhirnya tibalah masa untuk kitorang bersuka ria. Setelah berlaku proses pujuk memujuk bincang membincang oleh wakil-wakil batch dengan prof akhirnya kami mendapat lampu hijau untuk bersuka ria membazir masa bersama rakan-rakan yang lain. Hooreyyy!

Ini kali kedua aku SEDIM, first time aku ke sedim masa buat praktikal kat JUPEM(apa itu JUPEM, sila google) tahun 2008 kot. Lebih kurang macam tulah waktunya. Mase tu kami berduabelas orang sewa satu van untuk sampai ke destinasi yang diimpikan.(eh eh ni dah macam flashback dalam flashback.ok stop).

Sambung cerita asal..

Dalam 3 bus 2 van yang kami guna untuk pergi Sedim. Dan aku dan 4 lagi bff aku naik van. Ala-ala artis korea naik van putih pergi jejalan. Ye x?? hahahahah. Cerita banyak pun tak guna jugak kan dengan teknik penulisan yang tak berapa best ni, baiklah tengok aksi-aksi kat Sedim..




Sungai Sedim yang cantik dan bersih. One of the view.

Bas pun sampai. Aktiviti pun bermula.

View 2 sungai sedim

bancuh air minum

potong buah tembikai sebagai dessert kami

bakar ayam harus lah ade



 menu harii ini

masa untuk berkubang ! Air yang sejuk gile !



masa untuk pulang. Bye sedim ade masa kita jumpa lagi!


Jumpa lagi Sedim. Thanks for the memories!

~~Sekian~~



Sunday, December 26, 2010

Tentang Diet : Episod 1



Dengan azam baru, semangat baru, impian baru. 

Hari ini bermulalah episod diet ku semula. Berusaha untuk membakar lemak dengan lebih gigih lagi untuk mendapatkan berat yang di idam-idamkan selama ini.Cewah!. Bukan apa, sejak survey camp hari tu bertambah tambah pulak lemak :'( . Kalau biar lame-lame lemak nih bahaye nanti jadilah pepatah 'Lemak makan Tuan'. 

Semalam terbace satu blog ni memang aku betul-betul tabik spring lah kat die. Adik tu boleh kurus macam papan dari macam tong drum memang menjadi inspirasi aku betul lah. Kurus tanpa guna sesen pun untuk beli produk tu produk ni. Die kurus dengan cara semulajadi. Nak jadi macam die! 

Dik! kaulah inspirasi ku!
Pembakar semangat ku!
Pembuka mataku!


wohoooo! 

So, hari ni alhamdulillah. So far so good. Hari nie insyaallah pass! Esok kita tengoklah yer macam mana.

"Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan"

Friday, December 17, 2010

cerita tentang esok


Jam menunjukkan pukul 1:52 pagi. 
Sedangkan aku masih lagi bercita-cita untuk mengupdate blog. Yang kedengaran hanyalah desiran kipas dan kadangkala bunyi dengkuran rakan-rakanku yang bunyinya sangat mengasyikkan. 
Ok dah! shut up!
Mood karangan bahasa Melayu SPM percubaan disini dihentikan atas sebab2 tertentu.

esok :
6.45 am bangun drpda mimpi dan bersiap sedia untuk kesekolah ke site.
7.30 bas gerak ke lokasi kerja

perasaan :
agak excited sebab esok first time buat kerja hydrography real works punye. Sebelum ni belajar teori sahaja dalam kelas. Dan esok adalah hari kemuncak untuk mendapatkan data-data kawasan tersebut. Teruja jugak. yeay!

after planning berhari-hari dan latihan menggunakan alat, pasang alat gps, explore software, & dll. Akhirnya, kami semua akan mempraktikkan semuanya esok. Semoga semuanya berjalan lancar esok.  

Akhir sekali :
biase la tu kan kalau takde gambar tak sah kan. 
Nah, ini die sedikit view kawasan kerja aku esok.
jam dah pukul 2.13 am. 
2.13am-6.45am = 4 jam 30 minit !

4jam30minit masa pelayaran aku di alam mimpi :(
tak cukup!


p/s:Gambar akan di masukkan esok kalau aku rajin nak upload. :)








Saturday, October 30, 2010

hydrography??

Boring lar hari2 cerita pasal exam. Tapi nk cite gak hari ni aku da habes 1 paper. 1 paper lagi nk abes exam. sonotnye! 
so far paper hari ini aku rase aku jwb dgn seronok skali tanpa tension2. i loikee! harap2 lar paper ni bagi result  cantek kat pointer aku sem nih!
hopefully!!
lagi 3 hari nk balik umah. yuhuuu.bestnyooo..

go for..
hahahahahaha
aminn(^_^)Y

macam high expected sgt ar plak.
x mugkin kot.

tak pe ar skli skale nk berangan tggi..huhuhuhu

maybe A- or A je kot.
xpun B+ @ B @ B-
argh what ever lahh sume gred lah aku letak.

Friday, October 29, 2010

skema jawapan oh skema!

~keadaan aku yg sedang berusaha dlm dewan~
 hahahaha

hari ini berlangsunglah peperiksaan Photogrammetry (ni adalah subjek yang paling2 aku sangat tidak minat!)

tapi cerite yg lagi hot nyer...adelah..jeng jeng jeng

hari ni kitorang suma masuk rancangan WAKENABEB!! kat Tv9 yang meletop tuuu..kire ktrg nie kategori artis jugak la ek..ahhahahaha ;p

Kitorang sebagai pelajar SUG part 5 hari sume semput melihat kertas peperiksaan Photogrammetry tdi. mane taknye sume orang bace past year and skema jawapan sahaja sebab mendengar khabar lecterur ckp bace skema jawapan yang diberi shaja. Dengan semangat pelajar SUG yang berkobar2 hari ini dgn niat ingin mengeluarkan kesemua yang dihafal, yang di baca pada skema jawapan itu. Dengan nafas yang x berape nak cukup soalan adalah jauh panggang dari api.Soalan mmg x sama dengan skema jwpn yang diberikan..KAMIKENABEB!! mmg sgt mengecewakan! kalau tau x payah lah bace bulat2 ape yg ade kat skema jwpn tu. Mmg ampeh! memang sume student yang amek subjek ni just bace skema jwpn tu jer. yelar mane taknye klu bace lain kang rugu pulak dah prof kate bace yg skema jwpn tu jer. Tapi aku tau maybe Prof pun terkejut tgok ketas soalan tu. huhuhu. Sian kat Prof. nak buat mcm mane mase tidak boleh diputar semula. Kitorg mmg tak sangka kertas soalan tu mmg lain dri past year past year yang sbelum..huhuhu
sekarang nie kitorang pasrah dan redha kpd ALLAH s.w.t. 
hopefully miracle will appear!

so,ape yang kite boleh buat hanya

~keep smiling!and ready for next paper~




Wednesday, September 29, 2010

kisah oral mandarin!


tajuk lagi nak kecoh an. sebenarnye projek mega tersebut adalah menyiapkan report hydropro yg kene antau esok hari.huhuhu. kirja sikolah sgt manyak ma.


td pd jam 4.05 minit ptg sebelum masuk waktu asar aku wat oral MANDARIN. api yg aku nk stori de mori kan aku x dpt meng oral kan diri dgn baik. ayt ke 3 aku da lupe.berterabur ayat mcm berterabur nye batu2 di jlnn. bile dah berterabur  ayat yg lepas2 tu lagi la aku x engat.aku da x dpt berfikiran dgn waras lalu episod menghentam keromo versi special edision pon klu dari mulutku.hahahhahaha.

aku yg sudung khusyuk bercerita dpn laoshi yg sdg boring mndengarku

dan aku pon sempat mengskodeng markah yg laoshi bg kat aku td mmg tersgtlah ampas kelapa nye.mmg cam ampas klape! dah la bile aku start tergagap2 td mcm org senget otak,aku tgk laoshi cam x berminat nk dengar butir2 perkataan yg keluar dr mulut aku nie.sgt mengecewakan.mesti sgt memboringkn.ntah hape yg membebel mesti beliau sgt mls nk dengar kan kan kan?? xpelah aku akan cube lagi lain kali yer.

almaklum semalam x sempat nk study dok sebok nk present GIS pagi td.last2 mandarin aku yg terngadah!! cet podacettt. xpe lah aku redha mmg ini yg patot aku dpt mane taknye pagi td bru nk hafal sumenye mmg berkecamuk lah dlm pale Otak aku ni. hahhahaha.

Jgn salah fhm yer. same words different meaning keyh! ;)