Thursday, July 11, 2013

Start hidup baru dengan Herbalife!

Hai.

Hari ni officially aku menjadi salah seorang pengguna herbalife. 11hb July 2013 bersamaan dengan puasa kedua Ramadhan. Sebenarnya dah lama aku berminat nak try herbalife ni dari zaman belajar lagi tapi disebabkan herbalife ni agak tak affordable untuk aku yang masih belajar makanya aku simpan sahaja nawaitu itu. Dan sekarang aku dah bekerja, terus aku grab balik impian dan cecita nak makan herbalife tu. Hehe.

So, untuk permulaan ni aku beli Formula 1 perisa strawberi dengan Teamix lemon & hibiscus. Masa pagi tadi aku sahur dengan shake Formula 1 dua scoop dan Teamix 500ml. Yang bestnye aku rasa bertenaga je sepanjang kat office tadi. Best! Officemate lain semua dah longlai, aku steady lagi sampailah habes waktu kerja. Hihi. Tak sangka jugak kan effect dia sampai macam tu. 


Then, masa berbuka aku minum Shake Formula 1 dua scoop dengan Teamix 2 liter. Lepas dua jam baru aku makan sayur dengan ikan masak asam pedas. Aku tak makan nasi sebab aku tak nak kalori intake melebihi yang sepatutnya. Lagi pun aku tak risau kalau tak makan nasi sebab dalam Formula 1 tu sendiri dah ada banyak NUTRISI yang cukup untuk sel sel badan aku. 

Jadinya, aku tak sabar nak tunggu result kg's yang dah lost dengan herbalife ni sebab memang target aku nak lost kg dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, start habes belajar awal tahun 2013 sampai aku kerja sekarang bulan 7 berat aku naik 10kg dengan jayanya. Sekarang aku dah nekad aku nak buang balik semua lemak lemak degil tu masa untuk gemuk telah tamat. Aku nak kembali SIHAT dan BERTENAGA dengan bantuan HERBALIFE.


From today onwards,
Im a Herbalife consumer. Yeay!

Good Night!


Cant wait to see how Herbalife changes my life :)

Esok sahur Shake!


So aku dah boleh guna slogan "Have you had your shake today?" 

Hehehe :P Bubye! Esok kerja. 

Saturday, November 17, 2012

Jangan Lupa Saudara Kita Disana

Assalamualaikum sahabat,

Sedang kita enak bangun dari tidur ingatlah bahawa saudara saudara kita di bumi palestin sedang berjuang menentang yahudi laknatullah. Jangan lupa wahai sahabat saudara seislam saya marilah kita memutuskan doa untuk meminta pertolongan dari Allah SWT agar melindungi saudara kita disana dan jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk para syahid yang telah gugur di medan perang. Allahuakbar.



Sangat tersentuh hati saban hari kita disajikan dengan gambar saudara kita yang bermandi darah yang hilang kaki, yang pecah dikepala, yang sedang berpantang ajal di hospital, tambahan pula ramai anak anak kecil yang menjadi mangsa kekejaman israel. Mereka sangat kejam Ya Allah kau hancurkanlah mereka di bumi ini. Mereka hanya bertopengkan manusia dan tidak punya sedikit pun perasaan belas kasihan didalam diri mereka. Hancurkanlah mereka Ya Allah. Ameen Ya Rabbal Alamin..

Sedang kita bersuka ria menjalani kehidupan seharian kita di sini ingatlah saudara kita disana walaupun seminit, yang sedang dihujani peluru dan bom. Hanya doa dan ingatan yang mampu mengiringi mereka disina.

Free palestine, Save Gaza, We always by your side friends!


Wednesday, April 18, 2012

Battleship! Ohsem Gilerr

Hai.

BATTLESHIP!!

 
Human vs. Alien

Cerita yang mengisahkan prperangan dengan alien yang kapal die punye hebat, punye dahsyat. Dengan US NAVY yang bermati-matian nak selamatkan dunia dari serangan alien nie. Alien ni pun tersesat datang kat bumi sebab ada signal dari bumi yang diorang dapat tu yang diorang datang sini nak recharge (sukahati die je datang recharge tak bagi salam) diorang punye machine or kapal. Lebih kurang macam tulah rasenye. Pulak tu diorang datang sini serang sume machine yang kita ada, buat kerosakan kat bumi pulak. Makanya US NAVY ni lah penyelamat memusnahkan balik kapal diorang tu dengan makhluk-mkhluk kat dalam tu sekali. 

 Juga kisah macam mana seorang yang dianggap tiada masa depan dan dipandang rendah akhirnya bangkit jadi hero dengan keberanian fikiran yang die ade. Phewit. Kapten Alex Hopper! ^^

Kesimpulannye, cerita ni memang sangat ohsem! sesuai ditonton pelbagai peringkat umur. Haha. Boelh kate takde part yang boring langsung. 10 minit awal lagi dah start beraksi bagai. Jalan cerita yang tak membosankan.

Wow, best!
Sesuai sangat untuk lepaskan stress sebab bile keluar je wayang rase puas. Yelah kan, kitorang punye life abnormal sikit malam kelas siang hadap kerja assg etc. Hehe.

Dengan ini, dapat dirasakan yang stress tu telah dihilangkan dari dunia dibawa pulang oleh alien-alien tadi tu :D


 Kapal alien yang besar giler!

Sangat beronok-ronok (seronok) tengok dengan classmate beramai-ramai. Diorang memang sporting. Lepas pegi dengar taklimat MyBrain15 kat Dewan Agung pagi tadi sampai pukul 10 lebih, pastu kitorang pergi menjengah battleship ni. Ada classmate yang dah tengok pun nak tengok lagi sebab cite memang ohsem. Sape yang belum tengok dinasihatkan untuk tengok. Memang tak rugi. Tambah-tambah kannn ade kapten Alex Hopper yang sangat hemsem menggalas watak orang penting untuk berbattle dengan alien nie!



 

 
 Alex Hopper-Battleship, 2012 (smart nye!)

Lepas tengok semua berangan nak masuk NAVY sebab ape sebab smart. Haha. Nampak? ramai dah terinfluence dengan filem kan. Maksudnye cerita tu best!


*orang putih memang kreatif buat filem, bile agaknya kita boleh jadi sekreatif ini dalam menghasilkan filem kan? still waiting. huu. Malaysia Boleh!