Wednesday, December 29, 2010

yeay! dah ade

  Dah ade external hard disk !

AYAH!

TERIMA KASIHHHH :))

 sebab sponsor kakak hard disk !! (sebenarnye plan nak guna duit sendiri,pucuk dicita ulam mendatang..hehehe..marilah kita makan ulam.tetibe)

sebelum tu ayah dah kuarkan banyak duit untuk repair kete aku + belanje hard disk lagi

huhuhu terharu..

berikut adalah dialog antara kami:)

ayah: belajar rajin-rajin ape yang kakak nak semua dah dapat. Sekarang tinggal belajar je..
 aku : .... (hanya mengangguk sambil bermonolog dalaman.. BAIKLAH AYAH)


UMI!

TERIMA KASIH JUGAK !! :))

sebab tolong bayarkan itu ini dan banyaklah sampai tak tahu nak senaraikan.Banyak sangat.

i love u so much much much.muahh! 


ni aku punya.aku sangat sukaaa:))

~~ibu bapa tidak pernah berkira dengan anak-anaknya, hormatilah,sayangilah,hargailah mereka sementara kita msih diberi peluang~~
::aku tersangat sayang mereka::

*jangan lupe malam ni tengok bola HARIMAU MALAYA vs GARUDA!!yeargghh..
harimau sila makan itu garuda puas-puas yee!

Monday, December 27, 2010

private to publicy

Pada jam ini..

Dengan rasminya aku telah menukar setting blog dari PRIVATE to PUBLICY

~~Sekian~~ 

ada apa dekat SEDIM?

~~Ini entry flashback~~

Setelah berpenat lelah membuat kerja2 berat yang menyeronokkan site sepanjang sebulan kitorang berSurvey Camp ini akhirnya tibalah masa untuk kitorang bersuka ria. Setelah berlaku proses pujuk memujuk bincang membincang oleh wakil-wakil batch dengan prof akhirnya kami mendapat lampu hijau untuk bersuka ria membazir masa bersama rakan-rakan yang lain. Hooreyyy!

Ini kali kedua aku SEDIM, first time aku ke sedim masa buat praktikal kat JUPEM(apa itu JUPEM, sila google) tahun 2008 kot. Lebih kurang macam tulah waktunya. Mase tu kami berduabelas orang sewa satu van untuk sampai ke destinasi yang diimpikan.(eh eh ni dah macam flashback dalam flashback.ok stop).

Sambung cerita asal..

Dalam 3 bus 2 van yang kami guna untuk pergi Sedim. Dan aku dan 4 lagi bff aku naik van. Ala-ala artis korea naik van putih pergi jejalan. Ye x?? hahahahah. Cerita banyak pun tak guna jugak kan dengan teknik penulisan yang tak berapa best ni, baiklah tengok aksi-aksi kat Sedim..




Sungai Sedim yang cantik dan bersih. One of the view.

Bas pun sampai. Aktiviti pun bermula.

View 2 sungai sedim

bancuh air minum

potong buah tembikai sebagai dessert kami

bakar ayam harus lah ade



 menu harii ini

masa untuk berkubang ! Air yang sejuk gile !



masa untuk pulang. Bye sedim ade masa kita jumpa lagi!


Jumpa lagi Sedim. Thanks for the memories!

~~Sekian~~



Sunday, December 26, 2010

Tentang Diet : Episod 1



Dengan azam baru, semangat baru, impian baru. 

Hari ini bermulalah episod diet ku semula. Berusaha untuk membakar lemak dengan lebih gigih lagi untuk mendapatkan berat yang di idam-idamkan selama ini.Cewah!. Bukan apa, sejak survey camp hari tu bertambah tambah pulak lemak :'( . Kalau biar lame-lame lemak nih bahaye nanti jadilah pepatah 'Lemak makan Tuan'. 

Semalam terbace satu blog ni memang aku betul-betul tabik spring lah kat die. Adik tu boleh kurus macam papan dari macam tong drum memang menjadi inspirasi aku betul lah. Kurus tanpa guna sesen pun untuk beli produk tu produk ni. Die kurus dengan cara semulajadi. Nak jadi macam die! 

Dik! kaulah inspirasi ku!
Pembakar semangat ku!
Pembuka mataku!


wohoooo! 

So, hari ni alhamdulillah. So far so good. Hari nie insyaallah pass! Esok kita tengoklah yer macam mana.

"Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan"

Friday, December 17, 2010

cerita tentang esok


Jam menunjukkan pukul 1:52 pagi. 
Sedangkan aku masih lagi bercita-cita untuk mengupdate blog. Yang kedengaran hanyalah desiran kipas dan kadangkala bunyi dengkuran rakan-rakanku yang bunyinya sangat mengasyikkan. 
Ok dah! shut up!
Mood karangan bahasa Melayu SPM percubaan disini dihentikan atas sebab2 tertentu.

esok :
6.45 am bangun drpda mimpi dan bersiap sedia untuk kesekolah ke site.
7.30 bas gerak ke lokasi kerja

perasaan :
agak excited sebab esok first time buat kerja hydrography real works punye. Sebelum ni belajar teori sahaja dalam kelas. Dan esok adalah hari kemuncak untuk mendapatkan data-data kawasan tersebut. Teruja jugak. yeay!

after planning berhari-hari dan latihan menggunakan alat, pasang alat gps, explore software, & dll. Akhirnya, kami semua akan mempraktikkan semuanya esok. Semoga semuanya berjalan lancar esok.  

Akhir sekali :
biase la tu kan kalau takde gambar tak sah kan. 
Nah, ini die sedikit view kawasan kerja aku esok.
jam dah pukul 2.13 am. 
2.13am-6.45am = 4 jam 30 minit !

4jam30minit masa pelayaran aku di alam mimpi :(
tak cukup!


p/s:Gambar akan di masukkan esok kalau aku rajin nak upload. :)